[VIDEO] Mahu kembalikan reputasi, Lee Zii Jia korban cuti CNY


  • Podium
  • Ahad, 11 Feb 2024

Zii Jia (kanan) tampak bersemangat dan gembira menjalani latihan intensif bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng. — Agensi

PERSEORANGAN badminton lelaki sensasi negara, Lee Zii Jia, kini berusaha keras untuk mengembalikan prestasi terbaiknya apabila berlatih bersama-sama pemain kebangsaan Korea Selatan.

Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 itu tampak bersemangat dan gembira menjalani latihan intensif bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng walaupun sepatutnya mengambil cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Turut kelihatan kelibat Juara Kejohanan Dunia 2023, Seo Seung-jae, dan pemain perseorangan lelaki Korea, Jeon Hyeok-jin, serta lain-lain pemain berlatih bersama-sama dengan Zii Jia.

BACA LAGI: Seorang lagi tak menjadi di JDT, bintang import Jepun ‘tercampak’ ke kelab bawahan China

BACA LAGI: Legasi tak pernah padam, Nafuzi Zain antara 3 anak buah ikut jejak langkah Allahyarham Azraai Khor

Zii Jia akan turun beraksi bagi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 (BATC) bagi mewakili Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dari 13 hingga 18 Februari ini.

Semoga pelbagai aksi menarik dan kemenangan dapat dihadiahkan oleh Zii Jia bersama rakan sepasukannya untuk kejohanan kali ini, sekali gus pertahankan gelaran yang diraih dalam edisi lalu. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram