Kenapa tak promote? Ramai anggap MFL terlepas peluang promosi Liga M lepas 2 bintang beraksi di final Piala Asia


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Noor Al-Rawabdeh (kanan) merupakan finalis Piala Asia yang bermain di Liga M. — Agensi

PEREBUTAN makhota Piala Asia semakin menghampiri penamantnya apabila Jordan dan Qatar akan bertarung sesama sendiri dalam perlawanan akhir pada Sabtu.

Qatar yang merupakan juara bertahan selepas memenangi kejohanan pada edisi 2019, pastinya ingin merangkul gelaran kedua lebih-lebih lagi di depan ribuan penyokong sendiri.

Sementara Jordan pula ingin menggapai impian menjadi juara Asia buat pertama kali dalam sejarah mereka lebih-lebih kali perlawanan akhir tersebut merupakan penampilan mereka di peringkat itu.

Jika Jordan berjaya memenangi Piala Asia, pastinya sejarah terlakar secara tidak langsung apabila terdapat pemain Liga Malaysia (Liga M) yang meraih gelaran tersebut.

BACA LAGI: Sampai kena terapi, Saddil Ramdani bergenang mata emoji tak dapat ikut Sang Badak terbang ke Australia

GFqRFzXW4AEfa-D

Fadi Awad merupakan pemenang MFL Challenge Cup bersama PDRM FC. — Agensi

Pemain tengah Selangor FC dan PDRM FC, Noor Al-Rawabdeh serta Fadi Awad berpeluang untuk membuatkan Liga Malaysia berbangga dengan kejayaan yang dimiliki mereka.

Namun begitu, sebelum sepak mula bermula, penyertaan dua pemain tersebut seakan dipandang sepi. Badan penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) seakan melepaskan peluang untuk melakukan promosi Liga Malaysia kepada penyokong bola sepak dunia.

"Mengapa Malaysian Football League tidak buat poster atau ucap selamat maju jaya kepada pemain import Liga Malaysia yang akan bermain di perlawanan akhir Piala Asia pada Sabtu ini?

"Liga Malaysia ada pemain yang beraksi di perlawanan akhir Piala Asia bukannya perlawanan akhir Piala FA," soal akaun onefootball.my.

Persoalan akaun tersebut tercetus selepas akaun liga utama Eropah iaitu Ligue 1 menyiarkan siaran khas untuk pemain Jordan, Musa Al-Tamari yang sedang mensasarkan kejuaraan Piala Asia.

Malah, ramai penyokong mempunyai pendapat yang sama apabila MFL telah terlepas peluang mengangkat Liga Malaysia lebih tinggi di mata dunia.

BACA LAGI: Luqman Hakim nekad jadi ‘top scorer’ seluruh Jepun lepas sah diperkenal secara rasmi YSSC Yokohama

“Ligue 1 yang lima liga terbaik Eropah pun ada buat posting. MFL ni memang tak ada usaha nak mencerminkan liga di peringkat lebih tinggi ke?,” soal Yoi Jimie.

"Benda ni kalau MFL buat secara tak langsung mempromosikan Liga Malaysia. Macam mana cara atau tahap pendedahannya, mereka di MFL pasti lebih tahu," kata penyokong bernama Fikar Shelby.

"Rugi la kalau tak buat promosi masa ni. Pemain ternama Asia main di Liga Super," kata Mohd Ikhlas.

Selain Noor dan Fadi, terdapat dua bekas pemain Liga Malaysia akan beraksi dalam perlawanan akhir iaitu Mahmoud Al-Mardi (Kedah) dan Yazan Al-Arab (Selangor). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram