PADA Sabtu, rakyat Malaysia menerima berita gembira selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya membuktikan dirinya masih ‘berbisa’ dalam kejohanan tersebut.
Azizulhasni atau mesra dengan julukan The Pocket Rocketman itu berjaya meraih gelaran keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Azizulhasni di laman X, berserta kapsyen Gold Medal dan Malaysia Boleh.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ikat 3 import, bekas bintang Buriram United tiba di JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu status VIP, pemimpin Nigeria sanggup duduk dengan fans demi tanah air tercinta
Pastinya kemenangan tersebut memastikan pelumba berusia 36 tahun itu boleh menjadi menjadi pencabar di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Pada perlumbaan yang berlangsung di Super-Drome itu, Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga mengetepikan cabaran getir dari dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota untuk memperoleh emas pertamanya tahun ini.
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai nanti.
Untuk rekod, pelumba berusia 36 tahun itu sebelum ini menduduki tempat ketiga pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pusingan akhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram