Naib johan Piala Dunia, skuad hoki 5s lebih pentingkan maruah Malaysia berbanding elaun RM40 sehari


  • Podium
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Pemain hoki 5s negara berjaya meraih gelaran naib juara selepas tewas 2-5 di tangan Belanda dalam aksi final pada Rabu. — Agensi

KETUA pasukan skuad hoki sebelah (5s) negara, Akhimullah Anuar Esook, menyatakan nilai elaun latihan yang rendah bukan halangan untuk mereka sebaliknya mendahulukan maruah negara setiap kali turun beraksi.

Akhimullah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman selepas menamatkan saingan selaku naib juara.

Malaysia dinobatkan sebagai naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda dalam aksi final pada Rabu.

Difahamkan, menjelang aksi final, Stadium Astro melaporkan barisan pemain kebangsaan hoki 5s sekadar meraih yuran elaun RM40 sehari.

BACA LAGI: Gagal tempah tiket ke Olimpik Paris, nasib Arulselvaraj masih samar lepas skuad hoki kebangsaan dibubar

akhimullah 5s

Akhimullah diangkat sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia Hoki 5s. — Agensi

BACA LAGI: Lepas skuad wanita, hoki lelaki pula layak ke Piala Dunia Hoki 5'S 2024

Ditemui selepas tiba di Malaysia, Akhimullah menjelaskan nilai elaun yang rendah bukanlah halangan mereka sebaliknya sentiasa meletakkan nama Malaysia di hadapan apabila beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Nilai elaun yang rendah bukanlah masalah, kami telah diajar dan diterap untuk bermain demi Malaysia. Fokus utama kami adalah mahu memastikan aksi yang terbaik dalam setiap perlawanan," katanya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membayar semula kos penyertaan skuad hoki negara di Oman dengan nilai sekitar RM300,000 selepas Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5 sepasukan (5s).

Lebih menarik, KBS juga setuju menghadiahkan RM80,000 susulan kejayaan skua kendalian Wallace Tan menjadi naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 berkenaan . — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram