Gagal tempah tiket ke Olimpik Paris, nasib Arulselvaraj masih samar lepas skuad hoki kebangsaan dibubar


  • Podium
  • Khamis, 01 Feb 2024

Speedy Tigers gagal memanfaatkan peluang kedua untuk melangkah ke Olimpik Paris apabila mengakhiri aksi pusingan kelayakan di Muscat, Oman di tempat kelima.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan pasukan senior dan remaja lelaki negara dibubarkan dengan nasib ketua jurulatih A. Arulselvaraj akan diketahui pada Ahad ini.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Arulselvaraj akan menyerahkan laporan terperinci mengenai Kelayakan Olimpik di Oman kepada pengerusi jawatankuasa kejurulatihan, Datuk Majid Manjit Abdullah sebelum keputusan dibuat mengenai masa depannya.

Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris selepas menduduki tempat kelima di Oman pada dua minggu lalu. Hanya pasukan tiga teratas boleh beraksi dalam Olimpik.

"MHC telah membubarkan pasukan senior dan junior lelaki negara, termasuk jurulatih mereka, dan jawatankuasa kejurulatihan yang diketuai oleh Majid akan memutuskan tindakan seterusnya.

“Jawatankuasa kejurulatihan sedang menunggu laporan daripada Arulselvaraj dan mereka akan memutuskan sama ada mengekalkannya atau memulakan semula dengan jurulatih baharu selepas mesyuarat tersebut.

"Pemilihan pemain akan dilakukan oleh ketua jurulatih baharu dan saya serahkan kepada jawatankuasa untuk memuktamadkan calon,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Leher terpotong kena bilah kasut skate, atlet hoki maut lepas perlawanan

KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Ketua Jurulatih Skuad Hoki Kebangsaan Arul Selvaraj ketika sidang media pada sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Nasib Arulselvaraj akan diketahui Ahad ini. — Agensi

BACA LAGI: Lepas skuad wanita, hoki lelaki pula layak ke Piala Dunia Hoki 5'S 2024

Dalam perkembangan sama, Majid menjelaskan bahawa akan memberikan gambaran jelas mengenai kedudukan Arulsevaraj selepas mesyuarat itu.

Semua kontrak jurulatih kebangsaan berakhir pada penghujung Disember tahun lalu tetapi MHC telah melanjutkan kontrak mereka sehingga Januari tahun ini untuk membolehkan mereka membimbing Speedy Tigers untuk Kelayakan Olimpik.

Majid berkata, pemilihan pasukan kebangsaan akan dikendalikan oleh pengendali itu atau jurulatih baharu kebangsaan yang akan diumumkan bulan depan.

Pasukan kebangsaan akan dipilih selepas tamat saingan Liga Hoki Malaysia (2 Februari-9 Mac). — The Star/K.M Boopathy

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram