Legenda 'double treble' & ex bos besar TFC calon heavyweight CEO baharu Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 02 Feb 2024

Radhi merupakan pemain Kedah era 1980-an dan 1990-an. — Agensi

PERLETAKAN jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali telah mengejutkan ramai pihak terutamanya penyokong Sang Kenari.

Selepas empat tahun berkhidmat, Khamal mengundurkan diri dengan Kedah perlu mendapatkan CEO baharu untuk memastikan Sang Kenari akan terus kukuh dan stabil sebagai kelab Liga Super.

Antara perkara berbangkit perlu dilakukan oleh CEO baharu adalah menyelesaikan masalah gaji tertunggak dalam kalangan pemain serta merangka pelan untuk membuatkan Kedah kembali mendominasi bola sepak Malaysia.

Tapi siapakah yang sesuai untuk menjawat jawatan penting itu? Analisis ringkas Majoriti akan menyenaraikan tiga calon berpotensi bagi menjadi CEO Kedah:

1. Radhi Mat Din

Salah satu nama yang boleh dipertimbang oleh pengurusan Kedah adalah dengan mendapatkan bekas pemain mereka iaitu Radhi Mat Din.

Berkhidmat untuk Sang Kenari sebagai pemain pada pada era 1980-an dan 1990-an, Radhi boleh dikatakan seorang yang tahu luar dalam mengenai bola sepak Kedah apabila pernah berada dalam barisan pengurusan kelab itu.

Selepas bergelar pemain, Radhi pernah menjadi jurulatih untuk Kedah dan merupakan tulang belakang kepada kejayaan double treble yang diketuai Azraai Khor Abdullah.

Kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Mengkudu, Radhi tahu serba-serbi mengenai bola sepak Kedah dan tidak terkejut jika namanya dicalonkan sebagai CEO.

BACA LAGI: Letak emoji mata ke atas, Hai-O 'no komen' dikata tak setuju pemain import 'ganggu' Piala MFL

421190139_933816028314668_7817435180603082779_n

Radhi (tengah) merupakan tulang belakang Kedah ketika menjuarai double treble. — Agensi

2. Baddrol Bakhtiar

Legenda moden bola sepak Malaysia ini juga merupakan ahli politik pada masa kini dengan Baddrol menjadi Adun Gurun.

Bermain dengan Kedah untuk satu tempoh yang lama, Baddrol juga adalah seseorang yang mengenali segalanya mengenai bola sepak Kedah.

Jika pengurusan Kedah mahukan calon yang lebih muda, maka Baddrol adalah pilihan sesuai serta popular dalam kalangan penyokong.

Namun begitu, pengalamannya menguruskan sesebuah kelab pasti akan menjadi persoalan dengan Radhi dilihat lebih sesuai berbanding Baddrol.

BACA LAGI: [VIDEO] Dapat baby baharu, sepakan penalti ‘birthday boy’ YB Baddrol pernah patahkan hati berjuta fans Garuda

420608593_18413086132060336_5606055919819069486_n

Baddrol merupakan legenda moden bola sepak Malaysia. — Agensi

3. Abd Rasid Jusoh

Jika Kedah mahukan seseorang yang berpengalaman, mereka boleh cuba dapatkan bekas CEO Terengganu FC iaitu Abd Rasid Jusoh.

Rasid yang melepaskan jawatannya selepas tamat musim 2023 di Terengganu, mempunyai pengalaman luas dalam mengetuai urusan sesebuah kelab bola sepak.

61672614553_TERENGGANUFC

Rasid merupakan mantan CEO Terengganu FC. — Facebook/Terengganu FC

Dia mungkin tidak fasih mengenai bola sepak Kedah, tetapi pengalaman yang ada padanya boleh membantu Rasid membawa Sang Kenari pergi lebih jauh.

Malah, ketika eranya di Terengganu kelab itu melalui detik hebat hasil kendalian jurulatih Kedah sekarang iaitu Nafuzi Zain. Mana tahu jika mereka bersatu semula, Kedah boleh pergi lebih jauh? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram