Letak emoji mata ke atas, Hai-O 'no komen' dikata tak setuju pemain import 'ganggu' Piala MFL


  • Podium
  • Khamis, 01 Feb 2024

Hairuddin Omar membimbing TFC II menjadi juara sulung Piala MFL pada musim lalu. — Terengganu FC II

SELEPAS semusim dianjurkan, Piala MFL bakal mengalami perubahan apabila terdapat peraturan yang ditukar oleh penganjur liga, Malaysian Football League (MFL).

Antara pertukaran yang dilakukan oleh MFL untuk saingan liga simpanan itu adalah setiap kelab dibenarkan untuk menurunkan sehingga tiga pemain import dalam satu-satu masa.

Keputusan tersebut akan menyaksikan setiap kelab boleh menurunkan sehingga tiga pemain import dan dua pemain melebihi paras umur 23 tahun dalam satu-satu perlawanan.

Perubahan peraturan itu dibuat oleh MFL atas faktor untuk meningkatkan daya saing para pemain selari dengan tujuan penganjuran Piala MFL sebagai platform membantu pemain melakukan persediaan sebelum berdepan cabaran sebenar di Liga Super.

BACA LAGI: Pernah bersama Aidil di Kedah, bintang Piala Asia Jordan akan 'reunion' di Kuching City?

BACA LAGI: CEO Sang Kenari sah letak jawatan, fans resah siapa bakal duduk kerusi ‘panas’

Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh badan penganjur liga itu seakan-akan tidak diterima baik oleh pengendali Terengganu FC II (TFC II) iaitu Hairuddin Omar.

Hairuddin yang membimbing TFC II menjadi juara sulung Piala MFL pada musim lalu berasakan seperti perubahan tersebut hanya akan merugikan pemain tempatan yang sedang meningkat naik.

Di media sosialnya, Hairuddin atau mesra dipanggil Hai-O cuma meletakkan emoji 'mata ke atas' sambil memuat naik laporan berkenaan keputusan MFL membenarkan pemain import diturunkan pada Piala MFL.

Walaupun tidak memberikan komen panjang lebar di siaran tersebut, tetapi emoji tersebut seolah-olah memberikan isyarat yang Hairuddin sepertinya kurang bersetuju dengan keputusan dibuat oleh MFL itu.

Bagaimana pun, Hairuddin enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sebaliknya memilih untuk berdiam diri sahaja.

"No comment," ulas Hairuddin ringkas kepada Majoriti.

Hairuddin merupakan salah seorang calon bagi Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram