PELBAGAI spekulasi yang timbul berkaitan dengan bola sepak Malaysia ketika ini. Saat Harimau Malaya sudah selesai dengan tugasan di Piala Asia, tumpuan kembali kepada persiapan Liga Super.
Pelbagai pasukan sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik buat penyokong mereka. Ketika ini, kesemua kelab sedang sibuk melakukan persiapan menjelang musim baharu Liga Super.
Termasuklah dengan Penang FC, kelab Utara yang turut dikenali dengan nama Harimau Kumbang itu kini berada dalam persiapan rapi untuk musim baharu.
Selepas berjaya mengikat Akmal Rizal sebagai pengendali tetap pasukan utama serta kembalinya legenda kelab iaitu Merzegua Abderrazak sebagai pengarah teknikal, Penang semestinya mahu mempunyai musim lebih baik berbanding sebelum ini.
Kini, mereka dikhabarkan akan kembali ke mendapatkan pemain lama untuk menguatkan barisan serangan Harimau Kumbang.
Penyerang Tajikistan, Sherridin Boboev, dikatakan bakal kembali ke Stadium Bandaraya, Georgetown untuk menyarung jersi Penang.
Hal ini berlaku apabila pemain berusia 24 tahun itu sendiri memberikan pembayang yang dia akan kembali.
Ini dapat dilihat di Instagram Story miliknya apabila dia meletakkan video rangkuman aksinya bersama-sama Penang sebelum ini dengan tiga perkataan penuh persoalan.
"See you soon," itulah yang ditulis Sheriddin dalam IG Story miliknya itu.
BACA LAGI: Spekulasi kini terpadam, Faisal Halim kekal bersama Selangor
Siaran IG Story Sheriddin yang memberikan bayangan dia akan kembali ke Penang. — Instagram/@sheriddinm_
BACA LAGI: Ramai kecewa Perak lepaskan penyerang Korea tapi kekalkan Luka Milunovic
Perkara tersebut jelas menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Harimau Kumbang, adakah dia akan kembali lagi ke Stadium Bandaraya?
Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan kenyataan yang Sheriddin sudah tidak mempunyai kelab selama enam bulan.
Dia sudah tidak mempunyai kelab sejak 1 Julai 2023 apabila dilepaskan oleh Sanat Naft yang berpangkalan di Iran.
Sebagai rekod, Sheriddin pernah mewakili Penang pada 2021 hingga Mac 2022. Ketika itu, penyerang tersebut menghasilkan enam gol dan empat bantuan gol dalam 22 aksi Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram