BENTENG pertahanan Kedah Darul Aman FC dilihat menjadi longgar selepas kehilangan dua pemainnya musim ini.
Sebelum musim 2023 berakhir, Rodney Celvin meninggalkan pasukan sebelum Bojan Ciger turut membawa diri. Pemergian mereka berdua sekali gus membuka lompong di posisi penting itu buat Sang Kenari.
Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan. Untuk memastikan pertahanan sentiasa kental, Kedah mungkin boleh mendapatkan pertahanan import daripada Brazil. Seperti yang kita tahu, Liga Super tidak asing dengan pemain import yang hadir daripada negara itu.
Analisis ringkas Majoriti kali ini akan cuba merungkai tiga pemain pertahanan tengah dari Brazil yang boleh Kedah dapatkan menjelang musim baharu:
1. Jemerson
Pemain pertahanan berusia 31 tahun ini adalah calon pertama yang boleh dipertimbang oleh pengurusan Kedah.
Beraksi untuk Atletico Mineiro, Jemerson mempunyai rekod yang baik dari segi kejuaraan apabila dia merupakan sebahagian daripada skuad AS Monaco yang memenangi Ligue 1 pada 2016/2017.
Bersama Atletico Mineiro, dia memenangi dua kejuaraan Amerika Selatan iaitu Copa Libertadores dan Recopa Sundamericana selain piala domestik Brazil.
Boleh bermain di kedua-dua bahagian pertahanan tengah, Jemerson juga boleh beraksi sebagai pertahanan kanan dan pemain tengah bertahan.
Kontraknya bakal tamat pada akhir tahun 2024 tetapi jika Kedah inginkannya sebelum musim bermula, mungkin tabung perlu dipecahkan bagi mendapatkan khidmatnya.
BACA LAGI: ‘Steady 4 bini’, Forestieri atasi peledak Tok Gajah dan bintang Serie A, topscorer Itali musim 2023
Jemerson sudah menikmati kejuaraan peringkat Amerika Selatan bersama Atletico Mineiro. — Agensi
2. Caetano
Jika Kedah mahukan pilihan yang lebih muda, maka Caetano merupakan pilihan yang sesuai. Pertahanan berusia 24 tahun ini juga bakal tamat kontraknya pada akhir tahun 2024.
Beraksi untuk Corinthians yang merupakan salah sebuah kelab utama di Brazil, Caetano juga merupakan seorang pemain yang bukan sekadar boleh beraksi di pertahanan tengah tetapi juga pertahanan kiri.
Caetano mungkin bukanlah seorang pertahanan tengah yang akan menghasilkan gol tetapi dia akan sentiasa memberikan persembahan bersih tanpa perlu risaukan rekod disiplinnya.
Pada 2023, Caetano melakukan 23 penampilan sambil hanya mengutip empat kad kuning dalam kesemua pertandingan buat Corinthians.
BACA LAGI: Kemilau bintang EPL makin pudar genap 3 musim bersama JDT
Caetano baru berusia 24 tahun. — Agensi
3. Wallace
Mempunyai pengalaman bersama skuad Brazil di peringkat remaja, Wallace adalah salah satu calon sesuai untuk direkrut Kedah.
Malah, rekod Wallace dalam kariernya juga baik apabila pernah beraksi bersama Cruzeiro, Monaco serta Lazio di Serie A Itali.
Wallace pernah beraksi di pelbagai pasukan Eropah. — Agensi
Di Asia pula, Wallace mempunyai pengalaman beraksi di China bersama Wuhan Three Towns dan pernah menjadi juara liga di sana. Kini, pemain berusia 29 tahun itu beraksi di Emeriah Arab Bersatu bersama-sama Ittihad Kalba.
Mungkin sedikit sukar untuk Kedah dapatkan Wallace kerana dia merupakan antara rekrut terkini Ittihad Kalba. Tetapi, jika mereka boleh menawarkan tawaran istimewa mungkin pemain itu akan terbang ke Malaysia menyertai Sang Kenari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram