[VIDEO] Seperti anak emas Afcon, fans pelik Sadio Mane tak dibuang padang lepas buat 'tackle' keras


  • Podium
  • Selasa, 30 Jan 2024

Tangkap layar terjahan kerasa Mane terhadap Sangare dalam aksi Pusingan 16 antara Senegal menentang Ivory Coast pada kempen Afcon 2023.

PEMINAT bola sepak sebulat suara bersetuju penyerang sayap, Sadio Mane sepatutnya dibuang padang berikutan terjahan melulu terhadap Ibrahim Sangare semasa pertembungan Pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) antara Senegal dengan Ivory Coast pada Selasa.

Bintang Al-Nassr itu yang masih belum mempamerkan potensi penuhnya pada kejohanan Afcon edisi 2023 itu mencuri tumpuan penyokong apabila terlepas dari hukuman kad merah selepas jelas sekali melakukan terjahan keras.

Sebelum insiden itu, Pemain Terbaik Afrika sebanyak dua kali itu memainkan peranan penting dengan memberikan hantaran bantuan (assist) kepada Habib Diallo untuk gol pembukaan dalam perlawanan berkenaan.

Dalam usaha untuk memenangi penguasaan bola, pemain 31 tahun itu 'menyerang' Sangare dan lebih parah lagi apabila butnya hingga meninggalkan kesan stud di kaki pemain tengah Ivory Coast itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengadil 'hijab tertutup', tak nampak muka pemain China luka lepas kena sepakan kung fu bek Lubnan

BACA LAGI: Dion Cools belum mahu ke Liga M, tunggu peluang ke Jepun dan Korea

Lazimnya, tindakan sedemikian perku dilayangkan kad merah, namun pengadil Gabon, Pierre Ghislain Atcho memilih untuk sekadar melayangkan kad kuning kepada Mane.

Malah, tanpa berfikir panjang, pegawai perlawanan tersebut juga enggan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk menyemak semula keputusannya.

Peminat rata-ratanya tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana ramai yang percaya bintang Al-Nassr itu sepatutnya dibuang padang.

Walaupun pengadil tidak memihak kepada Ivory Coast, namun pasukan kendalian Emerse Fae itu berhasil menyingkirkan juara bertahan Senegal menerusi penentuan sepakan penalti.

The Elephants mara ke suku akhir dengan menewaskan Senegal 5-4 menerusi penentuan penalti susulan perlawanan berakhir 1-1 selepas masa tambahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram