BEK tengah negara, Dion Cools menolak dakwaan bahawa keputusannya beraksi di Liga Thailand adalah sekadar tempat persinggahan untuk membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), lapor Stadium Astro.
Malah, pemain pertahanan kelab Thai League 1, Buriram United berkenaan juga mendedahkan bahawa dia masih belum mahu beraksi di tanah air, sebaliknya ingin melebarkan sayap ke Liga Jepun atau Liga Korea Selatan.
“Belum masa beraksi dalam Liga Malaysia,” kata tonggak Harimau Malaya itu ketika ditemubual eksklusif bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam di Doha, Qatar baru-baru ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Prospek Indonesia suka 'spirit fighter' HM, anggap Arif Aiman ubi muda terbaik Asean
Cools membantu Buriram merangkul tiga piala musim 2022/2023. — Instagram/DionCools
BACA LAGI: Piala Asia: Palestin terkeluar diiringi rasa bangga, kekaguman ramai
Cools menyertai Buriram awal tahun lalu menerusi kuota pemain Asean dan berjaya membantu kelab berkenaan memenangi tiga piala untuk musim 2022/2023.
Memasuki tahun kedua untuk musim 2023/2024, bekas pemain Club Brugge dan FC Midtjylland itu tampak belum pasti destinasinya sejurus musim berakhir.
Ia pada ketika pertahanan berusia 28 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu dikaitkan ke Johor Darul Talzim (JDT) susulan pemilik kelab gergasi tanah air itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan bayangan Cools akan menyertai Harimau Selatan suatu hari nanti.
“Gaji Dion Cools terlampau mahal bagi kami. Buriram (United) bayar gaji yang terlalu mahal tetapi saya tahu dia ingin bermain di Malaysia dan saya tak rasa pemain itu akan bermain dengan pasukan lain.
“Kami ada perhubungan baik. Dia tahu berkenan projek infrastruktur dan agenda di JDT dengan jelas. Suatu hari nanti Cools akan jadi pemain JDT,” kata Tunku Ismail dalam program segmen Nindia Bola. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram