Selangor tolak 'offer' KBS-TMJ untuk tukar rumput, fokus sistem perparitan


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Selangor FC kini sedang mempersiapakan Stadium MBPJ untuk aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). — Facebook/SelangorFC

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, memaklumkan proses naik taraf Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjalan seperti yang dijadualkan.

Kerjasama antara pihak pengurusan Selangor FC dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini tertumpu kepada naik taraf fasiliti stadium seperti sistem saliran perparitan, tandas, tempat duduk penonton, bilik persalinan serta surau.

Jelasnya lagi, Stadium MBPJ akan kekal menggunakan rumput sedia ada jenis cow grass memandangkan tempoh masa yang ada tidak sempat untuk proses penukaran rumput.

"Beberapa kerja penambahbaikan sedang dijalankan untuk memastikan menepati ciri-ciri yang ditetapkan AFC, antaranya kerusi penyokong, sistem suara, sistem pencahayaan, bilik VIP yang dijangka siap pada April.

"Masa untuk menyiapkan padang kalau tukar rumput, saya rasa tidak sempat. Sekarang pun musim hujan jadi jentera tidak boleh masuk.

"Tetapi kerja-kerja saliran,. kami akan ambil peluang dan tawaran yang baik ini kerana dengan saliran yang baik, air akan turun dengan cepat jadi padang tidak lecak.

"Jadi permukaan padang lebih cantik untuk bermain walaupun hujan lebat" katanya.

BACA LAGI: Tak mungkin ke Selangor, Johan Kamal akui kekangan kewangan jadi penghalang

JOHAN KAMAL

CEO Selangor FC, Dr Johan berkongsi bahawa fokus Selangor untuk menambah baik sistem perparitan. — Agensi

BACA LAGI: 'Hentikan sumpahan!', legenda Selangor mahu Gergasi Merah ikat kapten Thailand

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim menawarkan geran RM500,000 sekali sahaja kepada setiap negeri untuk menaik taraf padang bola sepak yang digunakan untuk perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menterinya, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa tawaran berkenaan itu juga termasuk ditawarkan kepada semua 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan untuk kerja-kerja naik taraf sistem saliran dengan kos RM300,000 dan RM200,000 lagi untuk menanam rumput baharu.

Manakala, Tunku Ismail turut menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 kepada setiap kelab untuk penyelenggaran padang baharu selama setahun.

Johan dalam perkembangan sama turut mengesahkan bajet perbelanjaan Gergasi Merah meningkat sebanyak 30 peratus bagi menghadapi saingan musim 2024/2025.

Pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kelab bagi menampung perbelanjaan musim baru.

"Memang bajet bertambah jadi musim ini sangat mencabar.

"Musim ini saingan berlangsung 17 bulan, peningkatan lima bulan ini sahaja (ia melibatkan) peningkatan sebanyak 30 peratus.

"Kerja-kerja penjimatan telah diusahakan sejak 2-3 untuk memastikan kami mempunyai dana yang mempunyai bagi peningkatan bajet ini," jelasnya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram