TELAH timbul kembali isu berkenaan pemain bola sepak iaitu Wan Kuzain Wan Kamal.
Ia disebabkan sebelum ini dia pernah menolak untuk mewakili Malaysia demi mengejar cita-cita beraksi untuk Amerika Syarikat.
Kini, dia dikatakan bersedia menumpahkan taat setia kepada Malaysia dan ingin mewakili Harimau Malaya apabila mempunyai peluang.
Namun begitu, kehadirannya kini seolah tidak lagi diterima oleh penyokong Harimau Malaya yang mahukan dia terus kejar impian mewakili Amerika Syarikat.
Pelbagai kritikan dan kata-kata nista diberikan kepada Kuzain hinggakan tercetus perdebatan di media sosial bersama abangnya, Wan Kuzac.
Kini, muncul seorang lagi abang Kuzain tampil untuk mempertahankan pemain berusia 25 tahun tersebut.
BACA LAGI: Tugas di Qatar selesai, 3 watak baharu harus digilap demi misi ke Piala Asia 2027
Wan Kuzain sebelum ini beraksi untuk Sporting Kansas City. — Agensi
BACA LAGI: Ramai fans lelaki ‘backup’ Intan Serah
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal tampil meminta agar serang terhadap Kuzain dihentikan.
Fayhsal dan Kuzain yang mempunyai pertalian keluarga pastinya tidak mahu melihat adiknya itu terus menjadi bahan kecaman di media sosial terutamanya oleh penyokong Harimau Malaya.
“Banyak komen biadap daripada haters yang terpaling bola.
“Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pun berhubung dengan Wan Kuzain untuk sarung jersi Harimau Malaya,” kata Fayhsal di laman X (Twitter) miliknya.
Selepas bapa mereka, Wan Kamal memberikan petanda yang Kuzain akan menyertai skuad kebangsaan. Kini Fayhsal pula melakukan perkara sama.
Mungkin benarlah, ada potensi yang Kuzain akan menyertai Harimau Malaya tidak lama lagi. Cuma menanti saja pengumuman daripada pihak FAM.
Ketika ini, Kuzain beraksi bersama-sama St. Louis City 2 dalam saingan MLS Next Pro. Ia merupakan saingan divisyen tiga di Amerika Syarikat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram