PRESTASI penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi ketika berdepan Bahrain dan Korea Selatan mendapat pujian daripada orang ramai kerana ketangkasannya menjadi benteng terakhir Harimau Malaya sehingga menyukarkan pihak lawan untuk berpesta gol.
Selepas perlawanan menentang Korea Selatan, Syihan menjadi topik bualan oleh penyokong 'Taeguk Warriors' kerana kecemerlangannya mengagalkan beberapa percubaan anak-anak buah Jurgen Klinsmann.
Selain daripada ketangkasan menjaga gawang gol, penyokong Korea Selatan juga cair dengan penampilan dan senyuman manis dilontarkan Syihan semasa dalam perlawanan itu.
Dengan itu secara tidak langsung mungkin berjaya menarik minat kelab Korea Selatan untuk menggunakan khidmat Syihan yang kini bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Majoriti senaraikan tiga kelab K League yang sesuai untuk Syihan jika dia berminat untuk berkelana ke luar negara terutamanya Korea Selatan:
Gimcheon Sangmu menjuarai saingan K League 2 pada musim lalu. — Agensi
1. Gimcheon Sangmu
Pasukan yang menjuarai K League 2 pada musim lalu semestinya memerlukan penjaga gol yang berpengalaman seperti Syihan.
Ini kerana kualiti liga utama Korea, K League 1 jauh berbeza dengan divisyen kedua rentetan penyerang-penyerang import dan tempatan lebih berbisa daripada biasa.
Syihan yang mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) pastinya khidmat pemain berusia 27 tahun itu ditagih oleh Gimcheon Sangmu.
Gimcheon Sangmu sering melakukan rotasi di posisi penjaga gol apabila Mun Kyung-gun dan Shin Song-hoon sering menjadi pilihan.
Namun peluang terbuka baik buat Syihan selepas kedua-dua penjaga gol muda itu memilih untuk menyertai pasukan baharu pada musim ini.
Suwon Samsung Bluewings akan beraksi dalam K League 2 musim ini. — Agensi
2. Suwon Samsung Bluewings
Jika anda seorang yang mengikuti perkembangan bola sepak di Asia, pastinya akan mengenali Suwon Samsung Bluewings apabila ia merupakan kelab besar di Korea Selatan.
Namun malang buat Suwon Samsung Bluewings apabila mengalami prestasi terburuk musim lalu sehingga tersingkir ke divisyen kedua iaitu K League 2.
Suwon Samsung Bluewings juga merekodkan angka bolos yang sangat tinggi iaitu 51 jaringan dalam 33 perlawanan terakhir dan tewas 20 perlawanan.
Penjaga gol utama Suwon Samsung Bluewings, Yang Hyung-mo masih kekal berada di dalam pasukan, dan ini akan menjadi pertarungan sihat buat Syihan jika menyertai pasukan itu.
Namun intensiti perlawanan tidak akan sama tinggi dengan K League 1 selepas Suwon Samsung Bluewings akan beraksi di divisyen kedua Liga Korea Selatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Hanya kerana pengulas, seluruh fans Indonesia mula jatuh hati dengan Malaysia
Bekas bintang EPL, Sung-yueng masih mewakili FC Seoul. — Agensi
3. FC Seoul
FC Seoul juga antara pasukan gergasi Korea Selatan yang tidak berada dalam prestasi yang baik pada musim lalu.
Walaupun mempunyai pemain berkualiti seperti Ki Sung-yueng ia tidak mampu membantu FC Seoul berada dalam kedudukan yang baik musim lalu.
FC Seoul juga tersenarai antara pasukan yang banyak dibolosi pihak lawan iaitu 42 jaringan sepanjang 33 perlawanan K League 1.
Untuk mendapatkan penjaga gol yang berkualiti, Syihan merupakan calon yang sesuai untuk menjadi benteng terakhir FC Seoul pada musim depan.
Namun menjadi persoalan adakah FC Seoul berminat dengan khidmat penjaga gol kebangsaan itu walaupun dia sudah membuktikan dirinya di pentas antarabangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram