Bapa sekali lagi bagi ‘hint’, Wan Kuzain makin hampir sarung jersi Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Kuzain dijangka bakal tumpahkan taat setianya kepada Malaysia. — Agensi

SATU masa dulu, Malaysia pernah digegarkan dengan satu nama yang dijangka boleh menyinar kerana berkelana di Amerika Syarikat. Nama tersebut adalah Wan Kuzain Wan Kamal.

Pemain tengah yang berasal daripada ibu bapa anak jati Malaysia itu pernah disebut-sebut akan menyertai skuad kebangsaan apabila tiba masanya.

Akan tetapi, semua hampa kerana Kuzain sebelum ini pernah dikatakan tidak memilih untuk mewakili Malaysia, sebaliknya dia mencuba untuk mendapatkan tempat dalam skuad Amerika Syarikat.

Akan tetapi, selepas usahanya untuk memasuki skuad Amerika Syarikat tidak menunjukkan hasil, Kuzain kini dikhabarkan sudah mula bersedia memberikan komitmennya kepada Harimau Malaya.

BACA LAGI: Tak tahan malu seri dengan Malaysia, fans Korea Selatan mahu Kim Pan-gon ganti Jurgen Klinsmann

81622121754-STLCity

Sebelum ini, Kuzain mencuba untuk mewakili Amerika Syarikat. — Agensi

Bapa kepada Kuzain iaitu Wan Kamal memberikan isyarat yang masa untuk anaknya bersama-sama menyertai Harimau Malaya sudah tidak lama.

Dalam sebuah siaran di laman X (Twitter), penyokong bernama Abrar Sadiq berkongsikan perbualannya bersama-sama Kamal di ruangan Facebook.

"Saya rasa sekarang, sudah tiba masa untuk Wan Kuzain dan Wan Kuzri balik (ke Malaysia) untuk berikan lebih pengalaman (kepada skuad kebangsaan)," ujar Abrar.

"Kuzain akan tiba tidak lama lagi," jawab Kamal kepada pertanyaan Abrar.

BACA LAGI: Dominic Tan ampuh di Piala Asia, ramai patut minta maaf lepas keji CB 'solid' Sabah

GEsbM7NakAA7SrK

Kamal mengesahkan Kuzain bersedia untuk menjadi pemain Malaysia. — X/Abrar Sadiq

Mungkin dalam masa yang terdekat, akan ada pengumuman mengenai masa depan Kuzain sama ada dia akan terbuka menyertai Harimau Malaya atau terus berusaha mendapatkan tempat dalam skuad Amerika Syarikat.

Kuzain kini sedang beraksi dalam saingan MLS Next Pro bersama-sama pasukan St. Louis City 2. MLS Next Pro dikelaskan sebagai saingan divisyen tiga di Amerika Syarikat.

Pemain berusia 25 tahun itu bermain sebagai pemain tengah bertahan, tetapi dia juga boleh beraksi di posisi pemain tengah (central midfield) dan sayap kanan.

Sebelum ini, Kuzain pernah bersama-sama pasukan divisyen satu Amerika Syarikat iaitu Sporting Kansas City. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram