Dipetik sama macam Arif Aiman dan Faisal Halim, Saddil Ramdani tetap kena reject sarung jersi Indonesia


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil telah tampil dalam 66 perlawanan dengan 15 jaringan serta 26 'assist' dalam kesemua kejohanan yang disertai Sang Badak.

SKUAD kebangsaan Indonesia kini sedang menghitung nasib untuk layak ke pusingan 16 Piala Asia menerusi slot tempat ketiga terbaik dalam kumpulan selepas tewas di tangan Jepun dengan keputusan 1-3 pada Rabu.

Ini kerana Indonesia perlu mengharapkan Oman tewas atau seri menentang Republik Krgyzstan untuk melayakkan mereka ke pusingan 16.

Indonesia yang hadir ke Qatar dengan skuad muda mereka berjaya membolosi gawang gol lawan yang lebih kuat seperti Iraq, Vietnam dan Jepun untuk memberikan saingan dalam Kumpulan D.

Jika Oman mencatatkan keputusan positif ini bermakna Indonesia, Malaysia dan Vietnam menjadi antara pasukan yang tidak layak ke pusingan seterusnya.

Manakala, Thailand sudah pun meletakkan diri mereka antara pasukan yang hampir pasti meneruskan perjuangan dalam kempen Piala Asia tahun ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Jika mahu jimat duit, Sabah wajar buru 3 rakan Saddil Ramdani di Piala Asia

Melihat perlawanan Indonesia menentang Jepun, rata-rata penyokong Malaysia merasakan skuad bimbingan Shin Tae-yong memerlukan khidmat pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani untuk turut mengetuai jentera serangan pasukan.

Di sebalik kecemerlangan membawa Sabah melepasi peringkat kumpulan Piala AFC, penyokong Indonesia tidak bersetuju jika Saddil menyarung jersi Sang Garuda dengan alasan taktikal Tae-yong.

"Tidak! Saya rasa dia (Saddil) tidak sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh Tae-Yong," kata Fitrah Alamsyah.

"Saya lebih percaya dengan ketua jurulatih (Tae-yong) berbanding pemain-pemain," jelas Dwi Nopha Danuwijoyo.

"Saya tak rasa dengan Saddil, skuad Indonesia akan bertambah lebih baik," luah Gobydy.

"Silap-silap dia jadi macam Faisal Halim dan Arif Aiman, sama-sama tenggelam kerana kehebatan bakat-bakat Asia yang lain," ujar Semut Merah.

BACA LAGI: Sumbangan besar di JDT, Leonardo Velazques bakal senasib Forestieri?

Sebelum ini, bintang Sabah itu dipanggil untuk menyertai Indonesia ke Piala Asia, namun di saat-saat akhir Tae-yong bertindak untuk menggugurkannya dengan menggantikan pemain lain.

Sejak menyertai Sabah pada 2021, pemain berusia 25 tahun itu telah tampil dalam 66 perlawanan dengan 15 jaringan serta 26 'assist' dalam kesemua kejohanan yang disertai Sang Badak.

Saddil juga dikaitkan dengan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram