'Kena step up lagi,' keputusan Akmal Zahir kekal di Kedah legakan kepak Kenari


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Akmal (kanan) akan bersama Kedah untuk semusim lagi. — KDA FC

PASUKAN Liga Super, Kedah Darul Aman FC, membuat keputusan untuk mengekalkan pertahanan mereka iaitu Akmal Zahir.

Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu memilih untuk terus bersama-sama Sang Kenari dalam usaha membantu pasukan tersebut terus mencabar kejuaraan musim depan.

Memetik laporan Astro Arena, Akmal berharap yang dia dan Kedah akan mengharungi satu episod yang lebih baik selepas ini. Dia juga berharap yang permasalahan gaji tertunggak tidak akan berlaku pada musim depan.

Dengan adanya Akmal dalam barisan pertahanan Kedah, ia sedikit sebanyak tidak meluaskan lagi jurang yang sedia ada selepas Sang Kenari telah terlepas dua pemain pertahanan sebelum ini.

Pertahanan tempatan, Rodney Celvin serta bintang import, Bojan Ciger antara nama-nama yang telah meninggalkan skuad Nafuzi Zain dengan pengganti masih lagi sedang diburu Kedah.

BACA LAGI: 'Dua penalti, kad merah', keputusan tepat pengadil Malaysia warnai game Iraq-Vietnam

2135549

Akmal melakukan 20 penampilan untuk Kedah musim lalu. — MFL

BACA LAGI: ‘Bagi dia banyak minit’, Selangor diminta gilap bakat lepas lanjut kontrak ubi muda

Namun begitu, keputusan Akmal untuk terus setia bersama-sama Kedah disambut baik oleh kepak Kenari yang tidak mahu melihat lebih ramai pemain dari posisi serupa meninggalkan mereka.

"Baguslah dia kekal dengan KDA. Harapnya musim depan prestasi dia semakin baik," kata penyokong bernama Umar Amirul.

"Akmal ni pun seorang pemain yang boleh diharap. Walaupun taklah cemerlang mana tapi boleh pakai laa," ujar Hamdan Aliman pula.

"Keputusan kelab untuk kekalkan Akmal adalah satu keputusan yang bijak. Selepas kita hilang pertahanan kental, wajar sangat untuk kelab kekalkan pemain sedia ada untuk tujuan depth. Harap lepas-lepas ni adalah pemain baru untuk kuatkan pasukan," komen Afiq Hafizuddin pula.

Walaupun ada yang gembira melihat Akmal terus bersama-sama Kedah musim depan, tetapi ada yang mahukan pemain itu terus meningkatkan prestasinya supaya pasukan akan lebih mencabar kelak.

Ada yang tak nak mengharapkan pemain import semata-mata bagi membantu Kedah, sebaliknya pemain tempatan juga pernah bangkit mendapatkan kejayaan.

"Walaupun kekal tapi bukan petanda dia boleh rilek saja. Kena naikkan kualiti sama supaya pertahanan tak bocor lagi macam musim lepas," kata penyokong bernama Badri Hazman.

"Dah dapat kekal tu biarlah prestasi pun naik, bukan apa musim lepas senang sangat kita bolos. Kalau bolos banyak, susah nak mencabar," ujar Fazli Zulkiflie pula.

"Kita tak boleh harapkan pemain import saja nanti, yang tempatan pun perlu step up supaya KDA terus padu. Ni kalau tak sama-sama naik, rugi lah," komen Izwan Izwan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram