[VIDEO] Di sebalik pergolakan, wartawan tangisi kejayaan Syria lakar sejarah layak pusingan ke-16 Piala Asia buat kali pertama


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Staf dan wartawan sebak selepas Syria berjaya layak ke pusingan 16 buat pertama kali dalam Piala Asia.

KEJAYAAN pasukan Syria melangkah ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia Qatar ternyata mencuri tumpuan apabila tular video di media sosial yang menggambarkan tangisan kegembiraan mereka yang menjadi saksi kejayaan pasukan mereka ketika ini.

Syria meraih kemenangan 1-0 ke atas India dalam aksi terakhir sekaligus memastikan mereka layak ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia, pertama kali dalam sejarah bola sepak negara itu.

Dalam satu video yang tular, staf pasukan dan petugas media Syria tidak dapat menahan sebak selepas negara itu menerobos masuk ke pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 hasil jaringan pemain gantian Omar Khribin minit ke-76.

Bagaimanapun, pengendali Syria, Hector Cuper tidak begitu emosional dan tetap tenang selepas pasukannya menewaskan India, 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Al Bayt.

Turut mengikuti langkah sama, Palestin yang merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, China turut membenarkan mereka ke peringkat kalah mati, mencipta sejarah tersendiri dalam saingan Piala Asia kali ini.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Different mentality', pemain Selangor sedia gegar Asia turun berlatih walaupun 'off season'

BACA LAGI: [VIDEO] Permata baharu negara, produk Man United terima kontrak profesional berpotensi sarung jersi HM

Selain itu, Palestin juga mengiringi Syria untuk layak pusingan 16 selepas mudah menewaskan Hong Kong 3-0 sekali gus menyaksikan mereka kini melangkah ke peringkat kalah mati buat pertama kali sejarah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram