[VIDEO] 'Different mentality', pemain Selangor sedia gegar Asia turun berlatih walaupun 'off season'


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Pemain-pemain Selangor giat menjalani latihan meskipun sedang bercuti. — Facebook/Selangor FC

PEMAIN-PEMAIN Selangor FC tidak mengambil mudah cabaran beraksi di pentas Asia pada musim depan apabila sanggup turun berlatih di pusat latihan pasukan meskipun sedang cuti berehat daripada saingan liga.

Fasiliti yang lengkap dengan peralatan gimnasium serba moden di pusat latihan Selangor itu dimanfaatkan sepenuh-penuhnya oleh pemain-pemain Gergasi Merah.

Apa yang lebih menarik lagi, perkongsian video Red Giants Medical Centre dalam Facebook itu turut melihatkan beberapa pemain muda yang bersama-sama mengikuti sesi latihan dengan tonggak utama Selangor, Shahrul Nazeem dan Fazly Mazlan.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Dia pun manusia biasa’, Safawi Rasid optimis Harimau Malaya mampu sekat bintang EPL

BACA LAGI: [VIDEO] Permata baharu negara, produk Man United terima kontrak profesional berpotensi sarung jersi HM

Antara pemain yang mengikuti sesi latihan tersebut ialah Haiqal Haqeemi, Muhammad Azrin Afiq, Muhammad Abu Khalil, Faiz Amer dan beberapa lagi pemain muda.

Ia juga memberikan gambaran bahawa beberapa pemain muda Selangor II akan dibawa naik ke skuad utama selepas cemerlang beraksi dengan skuad simpanan.

Musim ini, sudah ada beberapa nama yang melakukan 'debut' bersama skuad utama antaranya ialah Muhammad Abu Khalil dan Faiz Amer.

Selangor akan menyertai kejohanan baharu iaitu Asia Champions League 2 (ACL 2) bersama beberapa pasukan dari Korea Selatan, China, Jepun, Thailand dan beberapa kelab di serantau Asia.

Ketika ini, Selangor masih belum mengumumkan sebarang kemasukan pemain baharu dengan beberapa khabar angin mengatakan Gergasi Merah giat memburu penyerang baharu selepas Ayron del Valle dipercayai tidak bersama pasukan musim depan.

Antara nama pemain asing yang dikaitkan dengan Selangor ketika ini termasuklah Alvin Fortes, Deniz Hummet, Michael Rangel dan Manuel Hidalgo.

Namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan daripada pihak pengurusan Selangor ataupun ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram