Dibuang Aidil Sharin, Nurshamil tunggu pasukan kosong isi slot penyerang


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Shamil (kanan) kini sedang mencari kelab baharu untuk musim depan. — Facebook/KuchingCity

BEKAS penyerang Kuching City, Nurshamil Ghani kini dalam misi mencari pasukan baharu untuk terus kekal beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) menjelang musim 2024/2025 yang bakal bermula Mei nanti.

Pemain yang pernah menjadi sebutan kerana pernah menjadi penjaring tempatan terbanyak Liga Perdana musim 2021 itu masih belum mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan selepas dia sah meninggalkan skuad The Cats.

Musim 2022 pula menyaksikan Shamil muncul penjaring terbanyak Liga Perdana dengan sembilan jaringan gol dan berhasil membantu pasukan Pantai Timur itu ke pasukan itu melayakkan diri ke saingan Liga Super 2023.

BACA LAGI: [VIDEO] Terciduk di tangan Harimau Malaya, bintang Spurs dalam poket double D

shamil

Shamil pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana 2022.

BACA LAGI: Pemain import kagum dengan 'talent' Malaysia, letak JDT 'benchmark' untuk kemajuan Liga M

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di laman aplikasi X miliknya, Shamil dikhabarkan sedang menunggu pasukan yang masih mencari pemain untuk mengisi slot kekosongan.

"Buat masa ini, belum ada pasukan lagi.

"Saya tengah menunggu mana-mana pasukan yang masih kosong untuk musim baru ini," katanya.

Penyerang berusia 29 tahun itu antara mangsa tunggakan gaji kem Kelantan sehingga Shamil meninggalkan kem Kelantan dan membawa diri ke pasukan Kuching pada jendela perpindahan kedua.

Bersama pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak, pasukan berpangkalan di Borneo tanah air berkenaan tidak berhasil mencetak sebarang gol selepas diturunkan dalam sembilan perlawanan domestik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram