[VIDEO] Kualiti Malaysia masih rendah, ada syarat jika mahu ikut Indonesia buru pemain warisan gred A


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Penyokong Malaysia memberikan sokongan kepada para-para pemain ketika berhempas pulas menentang Bahrain. — Facebook/FAM

MALAYSIA mengikuti jejak langkah Vietnam apabila menjadi pasukan kedua terkeluar awal daripada saingan Piala Asia selepas tewas di tangan Bahrain dengan keputusan 0-1 pada minit-minit akhir perlawanan pada Sabtu.

Seluruh penyokong Malaysia pastinya kecewa apabila skuad kebangsaan sudah memberikan yang terbaik untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata pada perlawanan tersebut.

Ia menambah kekecewaan tersebut selepas melihat negara jiran Indonesia dan Thailand sudah mula mengutip tiga mata penuh untuk membuka laluan layak ke pusingan 16.

Meskipun kita memiliki pemain-pemain warisan yang berkualiti tinggi seperti Dion-Johan Cools, La'Vere Corbin-Ong, Matthew Thomas Davies dan Darren Lok namun masih belum membantu skuad negara mengutip satu mata.

Rata-rata daripada mereka juga hampir mencecah usia 30-an tidak seperti Indonesia yang membariskan pemain-pemain warisan bawah 23 tahun kecuali Sandy Walsh dan Jordi Amat.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya ledak 3 gol dan 3 assist, dengarnya JDT jumpa pengganti tak segempak Fernando Forestieri

Kumpulan E

Kedudukan Kumplan E selepas perlawanan kedua selesai pada Sabtu. Facebook/FAM

Menurut pandangan penganalisis sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli meletakkan syarat jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mengikuti jejak langkah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mencari pemain warisan muda dan berkualiti tinggi.

"Pemain warisan ini sebenarnya jalan pintas, tetapi kita kena mengakui kalau ada pemain warisan yang bagus 'why not'.

"Tetapi kita tidak bolehlah, apabila dengar ada pemain warisan kita terus nak ambil mereka sedangkan mereka bermain dalam liga yang sama taraf dengan Liga Super.

"Kecuali pemain warisan itu sangat bagus dan muda untuk kita jadikan sandaran bagi edisi Piala Asia akan datang serta kelayakan Piala Dunia.

"Tetapi pada masa yang sama juga, kalau nak ambil pemain warisan atau naturalisasi kita perlu mencari pemain yang kita boleh bangunkan dia bukan untuk setahun dua tetapi lebih tiga empat tahun supaya dapat mewujudkan 'chemistry' dan 'bonding' yang begitu baik dengan pemain tempatan.

"Kalau tidak 'no point' untuk kita mencari pemain warisan berkualiti tinggi," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Indonesia antara skuad termuda Piala Asia, di manakah Malaysia lepas tewas dengan Bahrain?

First Eleven

Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menentang Bahrain. Facebook/FAM

Mengulas lanjut mengenai persembahan skuad kebangsaan, Pekan berpendapat kualiti pemain terbaik Harimau Malaya masih lagi jauh jika nak bersaing di perlawanan kompetitif seperti Piala Asia.

"Pemain-pemain terbaik kita yang selalu digembar-gemburkan menjadi perhatian pasukan luar negara tidak mampu menonjol apabila beraksi dalam perlawanan yang begitu kompetitif.

"Mereka gagal menonjolkan mereka antara pemain-pemain yang kita boleh bergantung harapan, untuk menjadi 'game changer' untuk bola sepak negara kita.

"Walaupun ini anjakan baharu untuk kita mendapatkan keputusan dengan lebih cepat apabila menggunakan pemain naturalisasi dan pemain warisan.

"Tetapi kerana kita masih dalam proses 'try and error' fasa pertama penggunaan pemain warisan dan naturalisasi jadi kita nampak, tidak boleh untuk bergantung sepenuhnya dengan kaedah ini di masa akan datang," jelasnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Demi harumkan nama negara, bintang JDT patah hidung

Pekan juga berpendapat Indonesia bernasib baik apabila berada dalam kumpulan yang lebih mudah berbanding skuad kebangsaan tetapi tidak menafikan kualiti pemain muda Indonesia dalam Piala Asia.

"Kita dapat lihat Indonesia mempunyai skuad yang muda, pemain warisan mereka juga muda dan sangat baik jika kita melihat.

"Corak permainan mereka bersemangat tinggi, seolah-olah bermain dalam Piala Asia ini satu penghormatan dan peluang untuk mereka menggunakan sepenuh-penuhnya.

"Kita tidak boleh mengambil perbandingan kualiti Indonesia kerana jika mereka layak ke pusingan 16 mungkin mereka antara pasukan yang bernasib baik.

"Kerana mereka berada dalam kumpulan daripada Asia Tenggara juga, jika mereka layak menang satu perlawanan ia bukanlah perbandingan bahawa kualiti mereka lebih baik.

"Ini juga pengajaran untuk kita, walaupun orang kata 'age is a number' tetapi dalam bola sepak, ialah adalah faktor yang memberi kesan kepada persembahan juga," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram