KEMUNCULAN semula penyerang Brentford, Ivan Toney ke pasukan itu sempat mencuri tumpuan penyokong kelab tersebut.
Ini kerana kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menggunakan mode sukan gusti popular, WWE ketika menyambut kedatangan semula Toney ke kelab tersebut selepas penggantungan selama lapan bulan kerana melanggar peraturan pertaruhan.
Dalam video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di laman X, pasukan Brentford dianggap kelakar apabila memperkenalkan Toney dengan menggunakan mode WWE sama seperti legenda sukan gusti, Undertaker.
Para penyokong pasukan Brentford dilihat teruja dengan cara tersebut sambil bersorak kegembiraan.
Video tersebut mendapat lebih dua juta jumlah tontonan di laman X.
Malah, kemunculan semula pemain berusia 27 tahun itu sekali gus membantu Brentford meraih kemenangan ketika berdepan Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kemenangan 3-2 menyaksikan Toney mencetak gol pada minit ke-19 sekali gus membantu pasukannya kembali ke landasan yang betul selepas lima kekalahan berturut-turut dalam liga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram