'Tewas tapi kita perlu berbangga dengan pencapaian Harimau Malaya sampai tahap ini'


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Matthew Davies (kiri) bersama beberapa rakan sepasukan kelihatan kecewa selepas mengalami satu lagi kekalahan dalam Piala Asia 2023. — Facebook/FAM

PAHIT, itulah yang perlu diratapi ketika ini apabila Malaysia gagal mendapatkan kemenangan dalam dua perlawanan saingan Piala Asia di Qatar.

Tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pertama sebelum ini terpaksa ditelan selain terlepas peluang mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata apabila jaringan Ali Madan pada saat-saat akhir permainan memastikan kemenangan 1-0 buat Bahrain.

Meskipun gagal meraih sebarang mata di bumi Qatar, pemain pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan, percaya bahawa rakan sepasukan sudah melakukan yang terbaik di atas padang demi lencana di dada.

BACA LAGI: Antara pemain konsisten, tonggak Sabah FC perlu kekal bersama Harimau Malaya

WhatsApp Image 2024-01-21 at 22.57.15

Dominic Tan (jersi nombor 6) pamer aksi memukau apabila berjaya menyekat serangan lawan. — Facebook/FAM

BACA LAGI: 'Setuju sangat', Park Hang-seo dapat 'greenlight' kemudi Harimau Muda

Tonggak pertahanan Sabah FC itu menyeru agar rakyat Malaysia perlu berbangga dengan apa yang telah dipamerkan oleh skuad kebangsaan ketika beraksi di Qatar itu.

"Ia sukar bermain di peringkat seperti ini tapi kita perlu berbangga Malaysia sampai ke tahap ini selama 40 tahun penantian untuk layak di Piala Asia ini.

"Kita tetap perlu berbangga walaupun tewas 0-1 dengan Bahrain," katanya.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya bakal berdepan Korea Selatan pada 25 Januari nanti untuk perlawanan terakhir skuad kebangsaan bagi Kumpulan E. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram