PENYOKONG Harimau Malaya pastinya boleh mengalihkan tumpuan kepada kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas skuad kebangsaan terkeluar awal daripada saingan Piala Asia pada Sabtu.
Kekalahan 0-1 ke atas Bahrain sekali gus menghalang skuad kebangsaan untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan 16 atau mengutip satu mata.
Namun peluang Harimau Malaya untuk kembali ke pentas Asia pada 2027 kembali terbuka apabila skuad kebangsaan kini berada di tempat pertama Kumpulan D kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas menewaskan Republik Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Tetapi mungkin pemain sedia ada tidak akan berada dalam skuad kebangsaan menjelang Piala Asia 2027 selepas mereka sudah lanjut usia.
Majoriti senaraikan umur dan pengganti sesuai kepada pemain sedia ada menjelang Piala Asia 2027:
BACA LAGI: [VIDEO] Indonesia antara skuad termuda Piala Asia, di manakah Malaysia lepas tewas dengan Bahrain?
Richard (kanan) akan melakukan debut bersama Harimau Muda dalam Piala Asia B-23.
1. La'Vere Corbin-Ong (36 tahun) - Richard Chin (25 tahun)
Mungkin menjadi kerisauan penyokong Harimau Malaya siapakah pengganti paling sesuai untuk menggantikan Corbin Ong yang kini semakin berusia.
Pada 2027, Corbin akan menjangkau usia 36 tahun sekali gus kualitinya mungkin tidak akan setanding sekarang.
Namun ketika ini, kehadiran pemain kacukan England-Malaysia, Richard Chin mungkin boleh menjadi pengganti sesuai Corbin dengan kapasiti pengalamannya di Eropah.
Ketika Piala Asia 2027, Richard baru berusia 25 tahun dan itu tempoh kematangan seseorang pemain apatah lagi jika ketika itu dia konsisten beraksi di Eropah.
Musim ini, Richard mewakili pasukan Dartford FC secara pinjaman daripada Charlton Athletic dan akan mewakili Harimau Muda di Piala Asia Qatar B23 pada April 2024.
BACA LAGI: [VIDEO] Demi harumkan nama negara, bintang JDT patah hidung
Wilkin (kanan) berjaya menampilkan aksi yang baik bersama Harimau Malaya.
2. Brendan Gan (39 tahun) - Stuart Wilkin (29 tahun)
Kecemerlangan Stuart Wilkin dalam kempen Piala Asia kali ini wajar mendapat pujian daripada seluruh penyokong bola sepak apabila tidak pernah menyerah kalah apabila diberi kepercayaan untuk turun beraksi.
Walaupun Brendan Gan masih lagi tidak diturunkan oleh Kim Pan-gon selepas dua perlawanan menentang Bahrain dan Jordan, tetapi rakyat Malaysia tidak boleh menafikan sumbangannya bersama Harimau Malaya.
Tetapi menjelang 2027, Brendan mungkin sudah tidak beraksi kerana sudah mencapai usia 39 tahun, dan arkitek Sabah, Wilkin antara calon paling sesuai untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh pemain itu.
Malahan, Wilkin sudah pun mula menjadi pilihan utama untuk mengawal bahagian tengah Harimau Malaya bersama-sama pemain lain seperti Syamer Kutty Abba dan Afiq Fazail.
Romel (kanan) masih belum menjaringkan gol debut bersama Harimau Malaya.
3. Darren Lok (36 tahun) - Romel Morales (30 tahun)
Penyokong boleh menghembus nafas lega jika masih memikirkan siapakah pengganti Darren Lok di masa akan datang untuk membarisi skuad kebangsaan.
Ini kerana, skuad kebangsaan sudah mempunyai penyerang naturalisasi baharu, Romel Morales yang akan mencecah usia 30 tahun pada 2027.
Meskipun Romel tidak lagi melakukan sebarang jaringan 'debut' bersama Harimau Malaya, tetapi penyokong harus bersabar kerana penyerang kelahiran Colombia itu sudah membuktikan ketajamannya dalam Liga Malaysia.
Selain Romel, Malaysia masih ada penyerang lain seperti Syafiq Ahmad, Fergus Tierney dan Haqimi Azim yang masih muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram