[VIDEO] Indonesia antara skuad termuda Piala Asia, di manakah Malaysia lepas tewas dengan Bahrain?


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Antara aksi perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada Sabtu. — Facebook/FAM

PAHIT realiti yang perlu ditelan oleh seluruh penyokong bola sepak tanah air selepas Harimau Malaya ditewaskan oleh Bahrain dengan keputusan 0-1 pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad itu, Malaysia memberi saingan sengit dan berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada 90 minit masa permainan.

Memasuki minit kelima masa tambahan, Bahrain mendapat sepakan sudut yang kemudiannya menghasilkan gol menerusi sepakan Ali Madan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat terbawah dalam kumpulan tanpa sebarang mata, dengan baki satu perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali keempat Malaysia tewas kepada Bahrain sejak 2013.

BACA LAGI: Hanya kerana posting FB, 2 gergasi Liga Super hampir dapat tajaan syarikat tempatan

BACA LAGI: Tak cari sushi, Luqman Hakim masih ingat asal usul di Jepun

Walaupun skuad kebangsaan memberikan saingan sengit dalam perlawanan itu, pemerhati bola sepak dan Ketua Pegawai Ekseutif KL City, Stanley Bernard melihat pada sudut lain iaitu masa depan Harimau Malaya.

Ini kerana perbandingan yang telah dibuat oleh beliau dengan negara jiran, Indonesia yang hadir dengan purata umur pemain-pemain muda.

Stanley mengulas perkara tersebut selepas perlawanan Malaysia dan Bahrain di Astro Arena bersama hos rancangan, Hafizal Hamad dan dua legenda negara, Datuk Lim Teong Kim serta Razman Roslan.

"Contoh kita selalu compare dengan negara jiran, Indonesia average age yang antara skuad termuda dalam Piala Asia.

"Semalam (Jumaat) menentang Vietnam mereka menang 1-0, tiga mata berharga. Kita melihat approach mereka sepanjang 90 minit, perlawanan pertama mereka tewas, second game mereka keluar.

"Konsistensi daripada minit pertama, kita bukan bandingkan dengan Japan, Korea Selatan atau Jordan. Kita bandingkan dengan negara jiran yang selalu kita bertanding.

"Dua tiga tahun lalu kita menang dengan mereka, baru-baru ini kita tewas dengan mereka 'last two years' tapi nampak apabila mereka hadir di Piala Asia mereka kutip tiga mata berharga menentang Vietnam yang boleh dikatakan gah di rantau Asia Tenggara.

"Di manakah kita sekarang? Dan selepas perlawanan ini? Sebab nak kata 'first time' selepas 42 tahun tapi jiran kita lebih baik dengan pasukan termuda ketika ini.

"Dan kita pula antara pasukan paling senior purata umur dalam Piala Asia," katanya dalam Astro Arena.

Dalam perlawanan pertama pada 15 Januari lalu, Malaysia tewas 0 - 4 kepada Jordan.

Selepas ini skuad kebangsaan akan melengkapkan jadual perlawanan Kumpulan E menentang Korea Selatan pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram