
SESI memujuk Selangor FC untuk mengekalkan penyerang prolifik, Ayron Del Valle pada musim 2024/2025 nampaknya tidak berjaya apabila pemain import Colombia itu kini berstatus ejen bebas yang sekali gus mengesahkan kontraknya bersama Gergasi Merah sudah tamat.
Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi namun media tempatan Colombia memaklumkan bahawa pemain yang sudah mencetak 22 gol setakat 25 perlawanan Liga Super berkenaan mendapat tawaran daripada Football Profesional Colombiano (FPC) untuk memperkuatkan serangan pasukan mereka.
Status terkini Ayron itu membuatkan banyak info berkaitan calon-calon penggantinya sedang rancak dibicarakan penyokong dengan beberapa nama dikaitkan bakal menyarung jersi Gergasi Merah pada musim baharu ini.
BACA LAGI: [VIDEO] Disahkan dapat 'offer' lebih 1 kelab luar, Johan Kamal pujuk Ayron kekal bersama Selangor
Ayron mencetak 22 gol dan membantu lima hantaran bantuan bagi saingan Liga Super musim ini. — Facebook/SelangorFC
Antara import yang difahamkan bakal memperkuatkan serangan Gergasi Merah ialah pemain senegara Ayron, Michael Rangel iaitu tonggak pasukan divisyen satu Argentina, CA Central Cordoba.
Rangle adalah seorang penyerang yang banyak meraih pengalaman di negara kelahirannya sebelum mendapat tawaran untuk melebarkan karier di Argentina dengan menyertai Central Cordoba pada Ogos musim lalu.
Namun penghijrahannya ke kelab Argentina itu seperti tidak memberi pulangan apabila bekas pemain Deportes Tolima berkenaan masih buntu mencetak jaringan selepas tujuh kali penampilan dia diturunkan.
Walaupun begitu, pemain berusia 32 tahun berkenaan mempunyai sejarah rekod yang memberangsangkan bersama Atletico Bucaramanga apabila pernah mencetak 18 gol pada saingan 2018.
Malah, tonggak import dari Colombia pasti membuahkan hasil dan tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di saingan Liga Malaysia seperti Ayron dan pemain tengah, Yohandry Orozco yang memberi hantaran bantuan terbanyak iaitu 10 assist untuk Gergasi Merah.
Urusan perpindahan Rangle ke Gergasi Merah pasti lebih mudah apabila penyerang berkenaan mempunyai ejen sama seperti Orozco dan Ayron. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram