[VIDEO] Piala Asia: Ditertawakan fans Vietnam dan Indonesia, penyokong Harimau Malaya tampil hero pujuk peminat Thailand kecewa tak dapat tengok 'live'


  • Podium
  • Rabu, 10 Jan 2024

Skuad Thailand kehilangan dua tonggak utama Thailand, Chanatip (tengah) dan Teerasil (kanan) pada kejohanan Piala Asia kali ini. — Agensi

SELEPAS satu demi satu masalah yang melanda kem pasukan kebangsaan Thailand, kini penyokong Gajah Perang turut terkena tempiasnya apabila tidak dapat menyaksikan skuad kendalian Masatada Ishii beraksi secara langsung dalam kejohanan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini.

Persiapan pasukan Thailand kini dilihat serba serbi tidak menjadi selepas ketiadaan pemain-pemain senior seperti Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda yang mempunyai pengalaman di pentas tertinggi Asia.

Pemain muda kacukan Denmark-Thailand, Jonathan Khemdee turut tidak dipanggil oleh Masatada selepas dia mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad Gajah Perang selepas tewas dalam perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, tonggak utama meningkat naik yang kini sedang berkelana di Jepun, Ekanit Panya menarik diri daripada mewakili negaranya kerana mahu bersama Urawa Reds untuk mengikuti kem pra-musim.

Selepas pemecatan Mano Polking sebagai jurulatih Thailand pada November lalu, pasukan Thailand mengalami pelbagai masalah dalam dan luar padang sehingga menjejaskan persiapan pasukan menjelang aksi pembukaan mereka menentang Kyrgyzstan pada 16 Januari nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Fans mula gelisah, Selangor main teka teki ‘up’ gambar bekas pemain

Chanatip

Chanatip terlepas untuk beraksi dalam Piala Asia 2023 akibat mengalami kecederaan.

Sehingga kini, penyokong Thailand masih perlu bersabar untuk melihat pasukan kebangsaan mereka beraksi kerana tiada syarikat penyiaran di negara tersebut berminat untuk hak penyiaran Piala Asia 2023.

Disebabkan itu, segelintir penyokong Indonesia dan Vietnam mula mengejek 'pemain ke-12' Thailand kerana tidak berpeluang menyokong pasukan mereka dari jauh.

"Sebelum ini anda berada di atas, kini pasukan anda (Thailand) tak mampu dapat sokongan anda dari jauh," kata Yasaza Nusantara.

"Kejatuhan pasukan Thailand kini bermula, masa untuk Vietnam rampas takhta raja Asean dalam Piala AFF nanti," ujar penyokong Vietnam.

"Thailand kini ada masalah nanti masa Piala AFF dia jadi juara, masa itu semua negara Asean jadi gred B," luah Bali Football.

Namun tidak bagi penyokong Malaysia apabila memberikan sokongan moral kepada rakyat Thailand untuk melihat aksi pasukan kebangsaan mereka dengan beberapa cadangan dan platform lain.

"Jangan sedih penyokong Thailand, dekat YouTube AFC ada tunjuk perlawanan rasmi secara langsung, boleh tengok dekat situ," jelas Wan Syahir.

"Lambat lagi, mungkin syarikat penyiaran tengah 'nego' harga untuk beli hak penyiaran sebab kita tahu kejohanan besar macam ini harga mahal sikit," ujar Muhd Mat Amin.

"Walaupun Thailand tak dapat kumpul pemain terbaik, tapi rata-rata mereka ada kualiti yang menarik dengan pengalaman beraksi di pentas tertinggi Asia," luah Brahim Abd Rahman.

"Harap penyokong Thailand boleh desak syarikat televisyen beli hak siaran secepat mungkin, ini masa untuk kita berikan sokongan terbaik untuk pasukan kebangsaan," ujar Ja'afar Ahmed.

Thailand berada dalam Kumpulan F bersama Arab Saudi, Republik Kyrgyz serta Oman dan mereka memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan menentang Kyrgyzstan pada 16 Januari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram