Klopp minta pulang awal, kapten Jepun mahu bawa trofi Piala Asia ke Anfield


  • Podium
  • Ahad, 14 Jan 2024

Endo akan mengepalai Jepun dalam kempen Piala Asia 2023. — Instagram/Endo

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp baru-baru ini berkongsi isi hatinya apabila terpaksa melepaskan tonggak penting seperti Wataru Endo untuk menyertai Jepun dalam Piala Asia sementara Mohammad Salah memperkuatkan Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) bulan ini.

Dalam satu wawancara bersama media luar negara, pengendali The Reds itu bergurau tidak ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada dua tonggak pentingnya itu bersama tugasan negara.

Klopp mengakui bahawa dia akan ‘sangat gembira' jika kedua-dua pemain utamanya itu akan tersingkir di peringkat kumpulan supaya mereka boleh pulang awal dan meneruskan perjuangan bersama Liverpool.

Ketika ditanya mengenai kenyataan dari jurulatihnya itu, pemain tengah berkenaan menganggap ucapan Klopp itu adalah satu penghormatan kerana meletakkan dia sebagai salah seorang pemain Penzing Liverpool musim ini.

BACA LAGI: Sebelum dikawal Dion Cools, penyerang EPL dalam radar Liverpool

WhatsApp Image 2024-01-14 at 15.20.33-2

Endo memainkan watak penting untuk bahagian tengah Liverpool musim ini. — Instagram/Endo

“Sudah tentu jurulatih (Klopp) bergurau tetapi saya berasa sangat berbesar hati kerana membuatkan saya rasa seperti amat diperlukan di Liverpool.

"Saya ada di sini sekarang (bersama Jepun). Saya merupakan ketua pasukan dan saya hanya memikirkan untuk membawa pulang trofi ini ke Liverpool,” kata Endo.

Selepas dia berhijrah Stuttgart. Endo merupakan tonggak penting di bahagian tengah Liverpool dan dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Liverpool untuk bulan Disember.

Pemain berusia 30 tahun itu memainkan peranan penting dalam membantu The Reds mendahului Liga Perdana sementara turut mara dalam Piala Liga, Piala FA dan Liga Europa.

Endo juga watak penting untuk membantu Jepun memenangi kejuaraan Piala Asia selepas kali terakhir menjulangnya pada 2011.

Skuad Samurai Biru akan turun menghadapi wakil Asean, Vietnam, dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Al Thumama pada malam ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram