[VIDEO] Pelumba Dakar Rally meninggal dunia semasa beraksi, kepala 'jejak' tanah sebelum jatuh motosikal


  • Podium
  • Selasa, 16 Jan 2024

Falcon mengalami kecederaan serius di bahagian kepala semasa kemalangan. — Agensi

BERITA duka menyelubungi dunia permotoran antarabangsa apabila penunggang motosikal berpengalaman dari Sepanyol, Carles Faclon dilaporkan telah meninggal dunia.

Faclon, 45, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri ketika dia menyertai pelumbaan Dakar Rally. Dia mengalami kecederaan serius ketika beraksi dalam kejohanan itu yang berlangsung pada 7 Januari lalu.

Susulan kecederaan parah yang dialami, dia terpaksa diterbangkan ke hospital menaiki helikopter untuk menerima rawatan.

Dia berada dalam keadaan koma dan diterbangkan ke Catalonia menaiki pesawat khas yang mempunyai kelengkapan rawatan rapi.

Dalam kenyataan penuh emosi, pasukan Falcon, TwinTrail Racing Team mengumumkan pemergian penunggang legenda tersebut.

"Pada Isnin, 15 Januari, Falcon telah pergi meninggalkan kami. Pihak perubatan telah mengesahkan yang dia mengalami kerosakan pada bahagian saraf disebabkan serangan kardiovaskular ketika kemalangan berlaku.

"Falcon merupakan seorang yang selalu tersenyum, aktif orangnya dan mempunyai minat yang tinggi dalam apa saja yang dilakukan terutamanya berkaitan motosikal.

"Dia tinggalkan kami sambil melakukan sesuatu yang merupakan impiannya sejak kecil iaitu bertanding di Dakar Rally. Dia begitu menikmati saat itu dan cukup gembira apabila menunggang motosikal.

"Falcon akan sentiasa diingati kerana senyumannya dan kegembiraan yang diciptanya kepada semua," kata pasukannya dalam satu kenyataan rasmi.

BACA LAGI: Fans Indonesia 'claim' lagu Kopi Dangdut popular sampai Venezuela tapi tak tahu fakta sebenar

Minggu lalu, Falcon mengalami kemalangan ngeri ketika di peringkat kedua Dakar Rally apabila dia terjatuh sewaktu melalui laluan berbatu.

Kepalanya terlebih dahulu menyembah bumi menyebabkan pelumba-pelumba lain yang berada di kawasan kejadian meminta agar rawatan segera diberikan kepadanya.

Helikopter tiba 16 minit kemudian dan terus membawa Falcon ke Hospital Al-Dawadmi di Arab Saudi bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Doktor mengesahkan dia mengalami patah tulang tengkuk (C2 cervical vertebra) sebelum ditidurkan dan diterbangkan ke Sepanyol

Rakan sepasukan Falcon, Isaac Feliu turut menarik diri selepas insiden tersebut kerana mahu bersolidariti atas apa yang terjadi kepadanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram