Kerana Harimau Muda dan FAM, Kim Swee sepatutnya sertai Sabah lebih awal


  • Podium
  • Isnin, 15 Jan 2024

Ong Kim Swee pernah tak puas hati dengan FAM. — THE STAR/Art Chen

DATUK Ong Kim Swee mempunyai satu tempoh kerjasama yang panjang bersama-sama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kerjayanya sebagai jurulatih di FAM pernah menjadi tumpuan ramai terutamanya ketika dia menguruskan Harimau Muda pada awal 2010-an.

Malah, Kim Swee juga pernah mengendalikan skuad Harimau Malaya seketika selepas perletakan jawatan Dollah Salleh usai kekalahan 0-10 terhadap Emeriah Arab Bersatu.

Akan tetapi, sembilan tahun lalu, Kim Swee dilaporkan tidak gembira di FAM dan mahu meninggalkan organisasi tersebut dan bersama pasukan Liga Premier.

Hal ini kerana, Kim Swee sepatutnya ditugaskan oleh FAM untuk mengendali Harimau Muda yang beraksi di Liga Singapura dengan Razip Ismail menjadi pembantunya. Selain itu, Kim Swee turut ditugaskan menyediakan pasukan bagi kelayakan Piala Asia B-23.

BACA LAGI: Rekod lama dah lapuk, jurulatih Jordan risau kekuatan Malaysia

National U-23 coach Datuk Ong Kim Swee scratching his head after Cambodia's scores the third goal during the SEA Games group A match at Rizal Memorial Stadium in Manila, Philippines yesterday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. December 4, 2019.

Kim Swee hampir sertai Sabah beberapa tahun lebih awal daripada yang sepatutnya. — THE STAR/Izzrafiq Alias

Namun begitu, keputusan tersebut diubah FAM dengan mereka memberikan tugasan tersebut kepada Razip sebaliknya Kim Swee hanya ditugaskan menguruskan pasukan untuk Sukan SEA dan itu jelas tidak diterimanya.

Disebabkan itu, Kim Swee sedia 'angkat kaki' dan menyertai Sabah FC yang sanggup menebus kontraknya bernilai RM500,000. Akan tetapi, semua itu tidak menjadi kenyataan apabila FAM berjaya menyelesaikan situasi tersebut.

Melangkah ke hari ini, Kim Swee dan FAM tidak lagi bersatu selepas pengendali itu akhirnya berjaya menyertai Sabah pada 2021. Kim swee meninggalkan badan induk bola sepak Malaysia itu sebagai pengarah teknikal. Benar kata orang, jika sudah jodoh pasti tidak akan ke mana-mana.

Kim Swee masih lagi menguruskan Sabah walaupun sebelum ini terdapat cerita dia bakal membawa diri ke Indonesia. Sementara jawatan yang pernah disandangnya itu diisi oleh Juan Torres Garrido. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram