[VIDEO] 'Jojo betul kerana silat ada peraturannya, tapi silap besar anggap tak realistik'


  • Podium
  • Isnin, 15 Jan 2024

Jojo (kanan) menerima pelbagai maklum balas dari orang ramai selepas mendakwa bahawa Muay Thai lebih realistik berbanding sukan silat. — Agensi

PROSPEK sukan Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesa dengan sapaan Jojo menerima pelbagai respons kurang senang apabila dia mendakwa bahawa Muay Thai lebih realistik berbanding silat.

Walaupun ramai mengecam kenyataan Jojo yang dianggap merendahkan martabat silat, namun peminat silat, Azrul Affandi Sobry tampil memberi menerangkan konsep sukan warisan negara berkenaan.

Dalam satu video berdurasi tujuh minit dan 19 saat itu, Azrul Affandi menjelaskan bahawa silat di acara sukan ialah silat olahraga, yang mana ia mempunyai peraturan bagi mengelak insiden berbahaya berlaku.

Tambahnya, ia adalah tidak sama dengan silat sebenar yang mana jelas pergerakannya mengundang bahaya dan lebih teruk boleh mengundang maut seseorang.

BACA LAGI: Kalau aku pergi 'fight', aku bawa bendera Malaysia — Johan Ghazali

“Jojo tak salah pun. Jojo betul, dia cakap dalam konteks sukan. Jojo cakap sukan silat tak realistik. Banyak sangat peraturan jika nak banding Muay Thai. Sukan silat penuh dengan undang-undang. Tapi nama pun sukan.

“Silat, Muay Thai, tae kwan do dan karate berbeza. Silat banyak perguruan dan semua berbeza. Ada yang mematahkan, ada mengunci leher, ada main keris, ada main parang dan macam-macam lagi. Semua silat berbeza permainannya.

“Nak buat sukan, mereka buatlah silat olahraga. Ada peraturan supaya nampak seragam dan ada konsep sama. Kalaulah olahraga ini tiada undang-undang mesti banyak yang mati.

“Namanya sukan takkan nak sampai bunuh-bunuh. Cukup dapatkan mata sudahlah. Jojo pun cakap sukan. Jika nak banding memang berbeza. Tak timbul isu siapa hebat siapa kurang. Itu undang-undang sukan. Saya tak nafi Muay Thai garang untuk sukan. Saya sendiri peminat Jojo. Sebab dia angkat nama negara, umur 17 tahun dah jadi juara,” katanya dalam podcast Tak Gitu.

Menurutnya, peraturan ataupun undang-undang dalam sukan silat sudah digubal beberapa kali bagi menjadikan ia sesuai untuk dipelajari dan dipertandingkan dalam acara sukan.

Jika nak bercakap pasal tidak realistik pula, jelas Azrul Affandi, sejarah silat Malaysia sudah menyaksikan pelbagai pejuang dilalhirkan dan antara yang akan selalu dikenang ialah pejuang Melayu, Mat Kilau, Tan Sri Omardin Mauju dan Cikgu Awang Daud.

BACA LAGI: 'Saya adalah masa depan', peninju Thailand kuat menganjing tumbang terkena pukulan KO Johan Ghazali

johan

Johan semakin dikenali selepas menumpaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember lalu. — Agensi

“Pejuang-pejuang ini tak boleh bawa skil mereka ke olahraga sebab tak sesuai. Skil mereka mematah dan membunuh. Jika nak cakap silat tak sesuai di pentas sebenar, memang silaplah.

“Kesimpulannya, Jojo ni anak muda. Jojo tak salah langsung cuma mungkin cara dia cakap agak riak tapi itu karakter fighter. Dia kena nampak yakin. Jojo pun mengaku dia tak pernah nampak nama besar dalam silat. Dia muda lagi. Maafkanlah Jojo.

“Cuma ayat akhir Jojo yang nak lawan dia... Itu tak kena. Silat ini bukan platform nak gaduh nak buktikan siapa hebat. Tiada manfaat untuk buat itu. Benda itu nak bela diri bukan cari pasal. Warga silat tenang, jangan ambil hati. Jojo teruskan perjuangan, hati-hati dalam bercakap,” pesannya.

Terdahulu, dalam temubual dengan salah seorang pemengaruh media sosial TikTok, Yousaff, Johan memberi pandangan peribadinya yang kurang menggemari sukan silat.

Atlet berusia 17 tahun berkenaan sendiri mengakui belum pernah berjumpa dengan mana-mana pesilat yang betul-betul hebat.

“Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok mereka lawan itu macam sejujurnya dia rasa tak real.

“Sebab di orang tak boleh tumbuk muka, and mereka punya port sistem pelik, boleh bantahlah boleh itu inilah. Jadi rasa Muay Thai lebih real and lebih authentic,” katanya.

Di akhir video, Johan melemparkan cabaran: “So kalau siapa-siapa silat nak challenge nak try, jom lah,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram