Saingan hebat antara pemain buat bek kanan Harimau Malaya rasai debaran di Qatar


  • Podium
  • Rabu, 10 Jan 2024

Skuad kebangsaan bakal memulakan kempen Piala Asia dengan aksi berdepan Jordan pada 16 Januari. — Facebook/FAM

DALAM usaha memastikan persembahan skuad kebangsaan dalam Piala Asia nanti berada di tahap terbaik, kem latihan berpusat diadakan pengendali pasukan, Kim Pan-gon.

Selepas beberapa hari berlatih bersama-sama di tanah air, pasukan negara kemudiannya meneruskan sesi tebabit di Qatar bermula awal Januari lalu.

BACA LAGI: 'Ada cubaan nak bawa Sandy Walsh ke Liga Super?'

Tidak cukup dengan itu, satu aksi persahabatan antara Harimau Malaya dengan Syria turut diadakan Isnin lalu bagi memberi pemain pendedahan terhadap situasi sebenar permainan.

Langkah tersebut jelas meningkatkan moral pemain kebangsaan selepas mereka meraih keputusan seri ketika berdepan pasukan di kedudukan ke-91 dunia itu.

417204053_1075066826899886_282520716635507851_n

Daniel Ting gembira diberikan peluang berada dalam skuad Piala Asia kali ini. Facebook/FAM

Jadi, anak-anak buah Pan-gon pastinya sudah cukup bersedia menjelang aksi pembukaan Piala Asia menentang Jordan di Stadium Al-Janoub pada 16 Januari depan.

Semangat berkenaan turut dirasakan bek kiri negara, Daniel Ting yang cukup teruja dengan persaingan dalam kem kebangsaan ketika ini.

"Sudah tentu saya boleh katakan mereka yang berada di sini merupakan antara yang terbaik dalam negara, jadi saingan yang dirasakan cukup hebat, termasuk ketika berada di padang latihan," katanya.

Daniel Ting diberikan peluang ke dalam skuad Harimau Malaya apabila memainkan peranan penting sepanjang 2023 meskipun terpaksa bersaing di posisi itu dengan Corbin Ong.

416233324_1072150210524881_4088118709043961526_n

Corbin Ong dijangka bakal menjadi bek kanan utama buat skuad negara. Facebook/FAM

Meskipun bek kanan Sabah tersebut dijangka menjadi pilihan kedua, ia tidak melunturkan semangatnya kerana dia berbangga dipanggil ke dalam skuad kebangsaan.

"Secara peribadi, ia merupakan pencapaian besar dan hebat buat saya kerana sudah di Malaysia untuk satu masa yang lama. Jadi, saya pasti gembira apabila diberikan ruang ini.

Untuk rekod, Daniel Ting sudah merekodkan tiga penampilan bersama Harimau Malaya dengan satu gol dijaringkannya ketika berdepan Papua New Guinea pada Jun lalu.

Selepas menentang Jordan, skuad kendalian Pan-gon akan bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup saingan Kumpulan E dengan aksi berdepan Korea Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram