TMJ dedah JDT jimat 40%, 'ex' Kedah, Selangor mula jadi sebutan pengganti Forestieri


  • Podium
  • Ahad, 07 Jan 2024

Memori ketika Forestieri menitiskan air mata selepas perlawanan Piala Sumbangsih pada 2022.

SELEPAS mengumumkan perpisahan dengan Leandro Velazquez, kini Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi memberikan kejutan apabila mengucapkan terima kasih kepada Fernando Forestieri menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers pada Ahad.

Perkara itu sebenarnya tidaklah mengejutkan apabila pemilik Johor JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris sendiri menyatakan bahawa pada musim depan Harimau Selatan akan mengambil langkah progresif menstruktur semula kewangan pasukan bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil di masa akan datang.

Dalam posting perpisahan tersebut, TMJ meninggalkan komen bahawa perpisahan dengan Forestieri itu dapat mengurangkan penjimatan sebanyak 40 peratus (%) bajet JDT pada musim depan.

"Gracias (terima kasih) Fer @fernandoforestieri. You will forever be part of our history. 40% budget reduced team, underdog era," kata TMJ.

Untuk rekod, Forestieri menyertai JDT pada 2022 ketika menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Itali, Udinese Calcio.

Bersama JDT, pemain berusia 33 tahun itu berjaya memenangi trofi pertamanya dalam karier sebagai pemain bola sepak sehingga menitiskan air mata selepas perlawanan Piala Sumbangsih pada 2022.

BACA LAGI: Tambah kualiti serangan dan pertahanan, bintang 'ejen bebas' Portugal dikaitkan ke bumi Darul Takzim

TMJ

TMJ meninggalkan komen mengenai bajet JDT musim depan.

Kini menjadi persoalan, siapakah bakal menjadi pengganti Forestieri di JDT dengan khabar angin kuat mengaitkan pemain sayap Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo yang sudah berpisah dengan Sang Kenari bagi saingan musim depan.

Selain itu, penyerang prolifik Selangor FC, Ayron del Valle juga dikhabarkan tidak menyambung kontrak bersama Gergasi Merah selepas mendapat beberapa tawaran daripada pasukan luar negara.

Bekas penjaring terbanyak bagi musim 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun turut kini menjadi ejen bebas selepas Kedah dikhabarkan tidak mampu membayar tuntutan gaji yang tinggi oleh bekas pemain Selangor itu.

Selain itu juga, bekas bintang Portugal, Kevin Rodrigues yang baru menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Turkiye, Adana Demirspor turut dikaitkan dengan JDT.

Namun, segala perancangan yang dilakukan oleh TMJ harus menjadi contoh buat semua pasukan dalam Liga Malaysia selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menstruktur kembali jadual liga dengan lebih panjang.

Jadi, antara nama-nama di atas, siapakah menjadi pilihan anda penyokong JDT untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Forestier bagi saingan musim depan? Sama-sama kita tunggu dan lihat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram