UMUM mengetahui Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mengambil beberapa langkah progresif bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil pada masa akan datang.
Ia selepas beberapa pemain daripada pasukan itu sudah pun dilepaskan kerana tidak menyambung kontrak dan ada juga dipinjamkan ke pasukan Liga Super yang lain.
Antara pemain yang dikaitkan bakal beraksi secara pinjaman adalah Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Haziq Nadzli, Daniel Amier dan Syafiq Ahmad.
Manakala beberapa tonggak import yang sah tidak lagi bersama Harimau Selatan adalah Leandro Velazques dan Diogo Luís Santo yang mengumumkan persaraannya.
Walapun JDT membuat perubahan dengan mengecilkan saiz pasukan mereka, namuna ia tidak menghalang Harimau Selatan untuk menandatangani bintang import yang lebih berkualiti seperti pemain kebangsaan Syria, Jalil Elias yang sebelum ini beraksi untuk kelab Argentina, San Lorenzo.
BACA LAGI: [VIDEO] Masih belum fikir untuk bersara, legenda Kelantan mahu kekal di Pantai Timur
Rodrigues kini dikaitkan bakal sertai Harimau Selatan selepas bergelar ejen bebas.
Kini Harimau Selatan dikaitkan dengan bekas pertahanan Portugal, Kevin Rodrigues yang baru menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Turkiye, Adana Demirspor pada 1 Januari lalu.
Pemain pertahanan kiri itu pernah menjuarai gelaran Liga Negara-Negara Eropah (LN) bersama skuad nasional Portugal pada 2019.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Palatao_Bola, Rodrigues dikaitkan dengan JDT selepas dikhabarkan Oscar Arribas mungkin akan keluar dari Harimau Selatan secara pinjaman pada musim depan.
Jika benar Rodrigues akan menyertai JDT musim depan, ia bakal membentuk gandingan yang baik bersama kapten Harimau Selatan, Jordi Amat kerana pengalaman mereka beraksi di divisyen utama Liga Sepanyol.
Sebelum ini, seorang penyokong tegar JDT, @juanbudiman dalam X memuat naik ciapan 'hint' bendera negara pemain import yang akan memperkuatkan skuad Harimau Selatan musim depan.
Ciapan yang dimuat naik @juanbudiman dalam X.
Dalam ciapan tersebut, bendera Portugal menjadi salah seorang import akan memperkuatkan skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidalgio selepas Esteban Solari dilepaskan oleh JDT.
Untuk rekod, Rodrigues pernah mewakili beberapa pasukan ternama di Liga Sepanyol, antaranya Real Sociedad, Rayo Vallecano, SD Eibar dan CD Leganes sebelum ke Liga Turki pada 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram