PENYERANG sayap negara, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan penyokong global apabila prospek negara itu disebut-sebut antara bintang muda yang akan mencipta nama di pentas Piala Asia 2023.
Arif Aiman melalui musim yang cemerlang bersama juara bertahan 10 kali Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) sehingga pemain muda itu semakin dikenali oleh penyokong luar negara selain sudah mengecapi pelbagai anugerah di tanah air.
Selama dua musim berturut-turut, pemain acuan akademi JDT berkenaan dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada 2021 dan 2022 di acara berprestij, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.
Musim ini, nama Arif Aiman semakin menjadi topik penyokong bola sepak Asia apabila membantu Harimau Selatan mencetak tiga jaringan gol cantik dan dua hantaran bantuan dalam enam penampilan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
BACA LAGI: Arif Aiman jadi pilihan ramai fantasi Piala Asia
Lima pemain muda yang bakal menggegarkan Piala Asia 2023. — AFC.
Ketika menyarung jersi Harimau Malaya pula, Arif Aiman juga tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan skilnya dan sempat mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dalam aksi persahabatan berdepan Papua New Guinea Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun lalu.
Dengan statistik mengagumkan itu, tidak hairanlah jika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyenaraikan Arif Aiman bersama empat pemain dari rantau Asia sebagai bintang muda perlu diberi perhatian.
"Memilik kepantasan dan gelecekan yang berkemampuan melepasi pertahanan, penyerang JDT itu boleh menjadi senjata ampuh untuk Kim Pan-gon ketika Harimau Malaya berhasrat mengumumkan kepulangan mereka ke Piala Asia buat kali pertama sejak 2007," tulis laman web rasmi Piala Asia.
BACA LAGI: [VIDEO] Nilai pasaran semakin jauh, Arif Aiman buktikan kekal di Liga M lebih berbaloi
Kang-in kini antara tonggak utama PSG. — Instagram/Lee Kang-in
Empat pemain yang turut berada dalam senarai berkenaan ialah Ali Jasim (Iraq), Takefusa Kubo (Jepun), Abbosbek Fayzullaev (Uzbekistan) dan tonggak tengah Korea Selatan, Lee Kang-in yang kini beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG)
Kang-in yang kini berusia 22 tahun akan berdepan dengan Arif Aiman bagi saingan Kumpulan E dan pemain itu pastinya akan membawa pengalaman beraksi bersama Kylian Mbappe serta Ousmane Dembele ke Pial Asia.
Bersama Korea Selatan, Kang-in mencatatkan empat gol dan tiga bantuan dalam empat penampilan antarabangsa terakhirnya, ia menjadi petanda baik untuk membantu skaud Taeguk Warriors memburu kejuaraan Piala Asia pertama mereka sejak 1960.
Malaysia akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada 15 Januari sebelum menentang Bahrain dan Korea Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram