[VIDEO] Pengulas bola sepak cuit hati ramai, buat 'sound effect' kartun ketika mengulas secara langsung


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Antara tangkap layar video perlawanan bola sepak yang diulas oleh pengulas tersebut.

SEORANG pengulas bola sepak berjaya menghiburkan hati orang ramai apabila membuat 'sound effect' dengan cara tersendiri ketika sedang mengulas perlawanan secara langsung di Brazil baru-baru ini.

Rakaman semasa perlawanan itu tular di media sosial apabila pengulas tersebut membuat kesan bunyi seperti penonton sedang menyaksikan cerita kartun walaupun ia adalah permainan bola sepak.

BACA LAGI: Rekod jaringan mencanak 2023, Arif Aiman, Darren Lok kini sebaris Haaland, Mbappe dan CR7

Pengulas itu sedang bertugas melakukan ulasan perlawanan dalam kejohanan terbesar di Brazil iaitu Copinha yang mengumpulkan bakat-bakat muda di negara itu untuk menampilkan skil terbaik mereka di atas padang.

Antara kesan bunyi yang menarik dibuat pengulas tersebut ialah 'wah wah wah' yang selalu kedengaran di dalam setiap cerita kartun jika ada adegan melucukan.

Commentator at the Copinha (Brazil's largest U-20 tournament) makes his own sound effects

byu/LordLoko insoccer

Untuk info, Copinha adalah sebuah pertandingan yang akan diadakan setiap tahun bagi mengenal pasti bakat baharu di Brazil.

Kejohanan itu telah melahirkan banyak bintang dunia seperti Gabriel Jesus, Antony dan pemain baharu Real Madrid, Endrick.

BACA LAGI: Bakal sarung jersi mahal no.47, Awang Hitam Promise pasti menyusahkan Luqman Hakim di YSCC Yokohama

Tahun lalu, Palmeiras B-20 berjaya menewaskan America (MG) B-20 dengan keputusan 2-1 yang menyaksikan mereka bergelar juara pada edisi lalu sekali gus berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi pada 2022.

Copinha diasaskan pada 1969 dengan penyertaan 128 pasukan daripada pelbagai divisyen Liga Brazil dengan syarat hanya pemain B-20 tahun dibenarkan menyertai kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram