PERANAN penyerang import Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut musim ini sangat memberangsangkan apabila pihak pengurusan Sang Penyu menyambung kontrak pemain kelahiran Croatia itu untuk saingan Liga Super musim depan.
Walaupun bermula perlahan musim ini, Ivan Mamut mampu membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang apabila meledak 22 gol dalam 32 penampilan bersama Terengganu.
Apa yang lebih menarik lagi, penyerang berketinggian 1.92 meter itu menewaskan pemain Croatia yang lain untuk tersenarai sebagai penjaring terbanyak negara kelahirannya itu.
Umum mengetahui Croatia banyak melahirkan bintang-bintang dunia seperti Luka Modric, Mario Pasalic, Marcelo Brozovic dan ramai lagi yang beraksi di pentas tertinggi Eropah.
Namun jumlah jaringan Mamut itu berjaya menewaskan penyerang nasional Croatia, Andrej Kramaric yang hanya meledak 17 gol tahun lalu bersama kelab Jerman, TSG 1899 Hoffenheim.
Manakala pemain yang berada di tempat kedua adalah Marko Dugandzic yang menjaringkan 20 gol bersama dua kelab berbeza iaitu Al-Tai (Arab Saudi) dan FC Rapid Bucharest (Romania).
BACA LAGI: Bakal sarung jersi mahal no.47, Awang Hitam Promise pasti menyusahkan Luqman Hakim di YSCC Yokohama
Senarai penjaring terbanyak pemain kelahiran Croatia pada tahun lalu.
Sebelum ini, Selangor menjadi antara pasukan yang paling berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang FCSB itu sebelum Mamut akhirnya menandatangani kontrak sambungan bersama Terengganu musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas dalam satu kenyataan di laman sosial facebook rasmi Terengganu mendedahkan punca Mamut bersetuju untuk menyambung kontrak bersama TFC bagi saingan musim depan.
Menurut Mohd Sabri, pemain berusia 26 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak lanjutan dan bersedia membantu skuad Penyu melakar pencapaian lebih cemerlang dalam saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA musim 2024.
Sabri berkata, faktor persekitaran, keserasian dan sokongan padu yang ditunjukkan penyokong skuad Penyu membuatkan Mamut memilih untuk terus kekal di bumi Darul Iman.
"Dia (Mamut) sudah serasi dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran serta corak kejurulatihan TFC.
"Apa yang kita harapkan ialah dia dapat membantu kita untuk lebih cemerlang selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim ini," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram