PRESTASI memberangsangkan dua pemain kebangsaan, Darren Lok dan Arif Aiman Hanapi membolehkan mereka berada sebaris dengan bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Mohamed Salah dalam senarai penjaring gol lelaki terbaik peringkat antarabangsa sepanjang 2023.
Arif Aiman berada di tempat ke-19 dalam senarai penjaring gol lelaki terbaik peringkat antarabangsa 2023.
Senarai yang dikeluarkan oleh oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS) itu meletakkan Arif Aiman di tangga ke-19 dunia dengan sembilan jaringan gol.
Manakala, Darren Lok yang cemerlang bersama Sabah dalam Piala AFC berjaya menghuni tangga ke-38 dengan lapan jaringan pada tahun lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan hanya Amirul Hisham, ada lagi 4 pemain nyaris gantung but lepas terlibat kemalangan
Peledak utama Harimau Malaya itu menjaringkan enam gol di pentas Piala AFC sekali gus membantu Sang Badak layak ke pentas separuh akhir zon ASEAN.
Darren Lok pula berada di tempat ke-38 dalam senarai penjaring gol lelaki terbaik peringkat antarabangsa 2023.
Apa yang lebih menarik rekod jaringan Arif Aiman menyamai bintang dunia lain seperti Bruno Fernandes, Alvaro Morata, Rodrygo dan Vinicius Junior.
Rekod jaringan Darren Lok pula diletakkan sebaris bintang dunia seperti Lionel Messi, Darwin Nunez dan Scott McTominay.
Kedudukan dua pemain ini bagaimanapun ditentukan oleh jaringan bersama pasukan kebangsaan meskipun mereka semua merekodkan angka gol yang sama.
Arif Aiman dan Darren Lok kini berada dalam akhir senarai 26 pemain Harimau Malaya yang bakal menggalas tugas bersama skuad kebangsaan di Piala Asia 2023 pada Januari 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram