Saya di sini untuk beri saingan — Junior Eldstal


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Junior Eldstal (kanan) yakin dengan kemampuan skuad Harimau Malaya dalam melakar keputusan positif di Doha. — Facebook/FAM

PERTAHANAN kental Harimau Malaya, Junior Eldstal berkongsikan perasaan teruja dalam membawa nama Malaysia di pentas Asia.

Meskipun diundi dalam peringkat kumpulan yang sukar, pemain pertahanan berusia 33 tahun itu bagaimanapun yakin dengan kemampuan Kim Pan-gon dalam membimbing Harimau Malaya melakar keputusan positif dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

"Apa yang kita boleh lakukan cuma enjoy the moment, ia adalah perlawanan besar untuk Malaysia, kita mempunyai team yang bagus, berjuanglah untuk Malaysia," katanya.

WhatsApp Image 2024-01-05 at 23.09.09

Arif Aiman Hanapi (kanan) bersama rakan sepasukan dalam sesi latihan menjelang persiapan aksi persahabatan berdepan Syria. — Facebook/FAM

Eldstal juga menzahirkan terima kasihnya kerana terpilih menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan buat kali ini.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kerana sudah lama Malaysi tidak layak Piala Asia. Kami perlu sentiasa fokus, hargai pengalaman ini dan buiat Malaysia bangga," ujarnya.

Menerusi satu hantaran video di laman X, pemain Dewa United FC itu turut mengatakan bahawa kehadirannya dalam skuad kebangsaan adalah untuk bersaing dan bukan hanya mahu mengambil bahagian dalam saingan Piala Asia.

"I'm here to compete, not just participate," katanya.

Sebagai acara pemanas badan, pasukan bimbingan Pan-gon dijadualkan bertemu Syria dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa pada 8 Januari ini.

Malaysia yang menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram