Lepas digugur TFC, ‘Ultraman Thailand’ bakal berkongsi pentas ACL dengan penyerang JDT


  • Podium
  • Khamis, 04 Jan 2024

Adisak merekodkan 24 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC dan menjaringkan empat gol bersama TFC. — Facebook/TFC

SELEPAS Terengganu FC (TFC) memutuskan untuk menyingkirkan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn dari perancangan musim depan, pemain terbut akhirnya diumumkan sebagai sebahagian keluarga Bangkok United.

Adisak bersama Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Omid Nazari, Sardor Kulmatov, Mohamad Shafawi, Fazli Ghazali dan Sony Norde merupakan pemain yang meninggalkan Terengganu.

Terengganu pada musim depan dilaporkan akan mengurangkan perbelanjaan mereka terutamanya melibatkan pemain import dan difahamkan juara Piala FA 2011 itu tidak akan memenuhkan kuota tonggak luar negara mereka musim depan.

Pengumuman pemain yang sinonim dengan jaringan gaya watak Ultraman itu diumumkan sebagai penyerang baharu Bangkok United bagi musim 2023/24 menerusi media sosial rasmi kelab pada Khamis.

BACA LAGI: Ketua pasukan, bintang naturalisasi dan penyerang Thailand antara 12 pemain dilepaskan TFC

WhatsApp Image 2024-01-04 at 18.00.38

Adisak diumumkan sebagai pemain baharu Bangkok United. — Instagram/BangkokUnited

"True Bangkok United telah mencapai persetujuan untuk mendapatkan penyerang Thailand berusia 32 tahun, Adisak Kraisorn dari Terengganu FC bagi memperkuatkan pasukan untuk pusingan kedua Thai League 1.

"Adisak Kraisorn, seorang penyerang berpengalaman, sudah memenangi banyak trofi di Thailand termasuk empat gelaran juara Thai League 1.

"Beliau pernah bersama Buriram United, BEC Tero Sasana, Port FC, Muangthong United dan terbaharu, Terengganu FC sebelum menyertai True Bangkok United untuk pusingan kedua musim 2023-2024,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Perpindahan pemain itu nampaknya akan membawa keterujaan kepada penyokong bola sepak domestik kerana Adisak bakal bergabung dengan penyerang pinjaman Johor Darul Takzim (JDT), Heberty.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, penghijrahan penyerang berusia 35 tahun itu dari Bangkok United hanyalah sebagai pinjaman sehingga ke penghujung musim dan masa depannya bersama JDT masih belum diketahui.

WhatsApp Image 2024-01-04 at 18.01.28

Heberty antara import berbisa JDT walaupun hanya beraksi sebagai pemain pinjaman. — Facebook/JDT

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang berpendapat bahawa Heberty akan menyertai semula Bangkok United musim depan dan kebarangkalian untuk menyaksikan gabungan Adisak dan penyerang Brazil tersebut boleh terjadi.

Penghijrahan pemain itu ke Bangkok United juga memberi peluang kepada Adisak untuk beraksi di saingan masih bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) kerana skuad The Angle itu masih bermain di pusingan 16 pasukan kejohanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram