KUALITI pemain import yang kini beraksi dalam Liga Super sememangnya tidak boleh dipandang rendah apabila khidmat masing-masing cukup ditagih majikan tersendiri.
Ia dapat dibuktikan dengan jurang antara kedudukan akhir pasukan pada musim lalu antara pasukan dengan import berkualiti atau yang suam-suam kuku.
Tidak cukup dengan itu, kualiti pemain tersebut turut diakui apabila terdapat negara-negara seluruh dunia memberikan peluang buat import bersinar Liga Super mewakili skuad kebangsaan masing-masing.
Hal tersebut dapat disaksikan apabila hampir separuh daripada pesaing dalam Piala Asia kali ini memanggil beberapa pemain yang beraksi dalam arena bola sepak tanah air sepanjang 2023.
Perkara berkenaan diakui sebuah media berpangkalan di Thailand, SNE Sports yang mengeluarkan satu infografik memaparkan pencabar dalam kejohanan tersebut memanggil import Liga Super.
Infografik dikeluarkan SNE Sports menimbulkan pelbagai spekulasi sepanjang jendela perpindahan kali ini.
Antara pasukan yang berada dalam senarai pendek itu ialah Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kapten pasukan, Jordi Amat mewakili Indonesia selepas menerima status naturalisasi beberapa tahun lepas.
Namun, apa yang menarik mengenai grafik berkenaan adalah apabila dua pasukan bergelut musim lalu, Perak FC dan Negeri Sembilan FC turut menghantar import untuk beraksi bersama Palestin dalam Kumpulan C.
Kenyataan terbabit pastinya mencetuskan kejutan buat penyokong kedua-dua pasukan terbabit apabila tiada pemain dari negara itu beraksi bersama mereka dalam saingan 2023.
Selain itu, SNE Sports turut mendedahkan bahawa pemain dimaksudkan ialah Mohamed Rashid yang bakal menyertai skuad Jang manakala skuad The Bos Gaurus (TBG) bakal diperkuatkan dengan jeneral tengah, Jonathan Cantillana.
Berita terbabit pastinya menimbulkan 1,001 tanda tanya buat peminat pasukan dengan media tersebut sudah beberapa kali mendedahkan kisah perpindahan dalam negara setakat ini.
Cantillana kini beraksi di Liga Indonesia bersama PSS Sleman sejak awal tahun 2023. — Agensi
BACA LAGI: Siap 'follow' IG Perak petanda Haziq Nadzli sudah semakin hampir sertai TBG
Untuk rekod, beberapa pemain dari Palestin sebelum ini pernah mewarnai Liga Super dengan Yashir Pinto bersama Negeri Sembilan FC dan PKNP FC serta Matias Jadue dengan PKNS FC.
Kehadiran kedua-dua mereka dilihat akan menerima sambutan hangat daripada peminat bola sepak tanah air melihat kepada hubungan baik antara negara sejak bertahun-tahun lalu.
Dari segi persembahan di atas padang pula, Perak FC yang masih memerlukan seorang pemain tengah berkualiti pastinya dapat memperolehi kelebihan tersendiri sekiranya dapat membawa masuk Castillana.
Bagi skuad Jang pula, prestasi terumbang-ambing dialami mereka musim ini membuatkan mereka terbuka untuk mendapatkan import dengan Mohamed Rashid di bahagian tengah pastinya mampu memberi kelainan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram