SELEPAS pelbagai khabar angin mengenai perpindahan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid ke Terengganu FC (TFC) musim depan.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan bahawa dua bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu akan menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner pada musim depan.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan dalam laman sosial X miliknya yang mengatakan dua pemain kebangsaan tersebut akan menyertai JDT secara pinjaman.
"Official and confirmed, Akhyar Rashid 'loan out'. Difahamkan ke Terengganu bersama Safawi Rasid."
Sebelum ini, khabar angin Akhyar Rashid ke Terengganu sudah mula diperkatakan oleh orang ramai selepas JDT ingin membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang mereka.
Musim ini Akhyar hanya tampil dalam 15 perlawanan bersama JDT dan sempat menjaringakan lima gol serta satu assist.
Namun adakah anda tahu, empat tahun lalu, Akhyar hampir menyertai kelab gergasi Belarus, BATE Borisov selepas mempamerkan aksi yang baik ketika mewakili Harimau Muda.
BATE Borisov berminat untuk menguji penyerang berkenaan selepas tertarik dengan aksi Akhyar dengan menonton rakaman video yang melibatkan beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa dan Liga Malaysia.
Menerusi satu kenyataan di laman Football Agent- Malaysia, juara Liga Perdana Belarus musim 2018 itu berminat untuk menguji pemain sayap lincah kerana tertarik dengan potensi yang dimiliki Akhyar ketika itu.
"Kami akan menghubungi Akhyar dan JDT dalam masa terdekat untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut.
"Beliau bakal menjadi pemain Malaysia pertama yang akan beraksi di saingan tertinggi Eropah sekiranya berjaya menandatangani bersama kelab juara bertahan liga utama Belarus itu serta BATE Barisov layak ke kejohanan terbabit bagi musim 2019/2020," kata kenyataan itu pada 9 Mei 2019. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram