Sesuatu yang sukar, semoga berjaya Kedah — Amirbek Juraboev


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Amirbek sah berpisah dengan Kedah untuk musim depan. — Facebook/KDA FC

DESAS-DESUS rombakan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semakin jelas apabila pemain import Tajikistan, Amirbek Juraboev mengucapkan ucapan perpisahan kepada semua pihak pengurusan Sang Kenari.

Amirbek dalam Instagram menyatakan ia sesuatu yang sukar buat dirinya untuk berpisah dengan KDA FC selepas mengharungi musim yang baik di bumi Darul Aman itu.

"Assalamualaikum kepada semua, ia sesuatu yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ini adalah sebahagian daripada kehidupan bola sepak.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang, terima kasih kepada pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.

"Ia merupakan musim yang baik buat kita, saya gembira dan seronok berada di sini (Kedah) untuk musim ini.

"Selamat maju jaya kepada semua orang, semoga berjaya Kedah dan semoga ALLAH melindungi anda semua.

"Semoga kita berjumpa lagi, paling penting terima kasih kepada semua penyokong kami," tulisnya dalam Instagram.

Dengan ucapan perpisahan ini, maka Amirbek menjadi pemain pertama yang sah tidak lagi bersama Kedah musim depan.

Sebelum ini, Kedah dilaporkan hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu Manuel Ott kerana mahu merombak kembali pasukan bagi saingan musim depan.

Bersama Kedah, Amirbek beraksi sebanyak 23 perlawanan Liga Super dan sempat merekodkan enam jaringan bersama Sang Kenari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram