Pengarah teknikal JDT dijangka isi kekosongan 'kerusi panas' Harimau Selatan musim depan


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Hector sebelum ini pernah membimbing JDT sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengarah teknikal.

JUARA bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan perpisahan mengejut dengan ketua jurulatih, Esteban Solari menjelang sepak mula musim baharu.

Skuad Harimau Selatan mengumumkan berita tersebut selepas beberapa hari memaklumkan bahawa pasukan itu sedang mengurangkan perbelanjaan.

Namun dikhabarkan pengarah teknikal JDT, Hector Bidoglio akan kembali membimbing Harimau Selatan musim depan.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam memuat naik ciapan di laman X bahawa Bidoglio merupakan antara calon berprofil tinggi untuk membawa pasukan musim depan.

"Hector Bidoglio dikaitkan kembali membimbing JDT ketika difahamkan kelab nombor satu Liga Malaysia itu turut mengenalpasti calon lebih berprofil tinggi untuk membawa pasukan musim depan," tulisnya.

Hector pernah menjadi ketua jurulatih JDT pada musim musim 2022 sebelum tempatnya digantikan dengan Solari sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.

Sepanjang menjadi ketua jurulatih, Hector mengendalikan 20 perlawanan bersama JDT dengan rekod 16 kemenangan, 3 seri dan sekali kalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram