Faisal Halim ada 'semangat' baharu bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Musim ini, Faisal berjaya menjaringkan 12 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 23 perlawanan Liga Super bersama Selangor.

BUKAN jenama Nike mahupun Adidas, tetapi produk daripada Indonesia, Ortuseight menjadi pilihan pemain sayap kebangsaan, Muhd Faisal Abd Halim menjelang perlawanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada 16 Januari nanti.

Perkara itu tidaklah mengejutkan sebenarnya selepas Faisal Halim sah menjadi duta rasmi Ortuseight pada awal tahun ini.

Ia selepas video yang tular pemain itu mencuba memakai kasut jenama Ortuseight semasa sesi latihan di Thailand semasa pra-musim bersama Selangor awal tahun ini.

Ortuseight merupakan antara jenama barangan sukan dari Indonesia yang aktif menaja pasukan futsal dan bola sepak di Indonesia dan kini sedang berkembang ke pasaran antarabangsa.

Faisal Halim

Faisal Halim merupakan duta Ortuseight.

Berbangga dengan produk dari Indonesia itu, pemain berusia 25 tahun itu menerima tonik tambahan untuk mengharungi Piala Asia di Qatar apabila menerima but baharu dari Ortuseight.

Faisal atau mesra disapa Mickey itu sudah pun menggunakan but Ortuseight Legion itu dalam sesi latihan bersama Harimau Malaya bagi keselesaannya menjelang perlawanan sebenar nanti.

Dengan penggunaan but Ortuseight musim ini, Mickey berjaya menjaringkan 12 gol dan sembilan bantuan jaringan dalam 23 perlawanan Liga Super bersama Selangor.

Faisal Halim 2

Faisal sudah pun memakai but baharu daripada Ortuseight semasa sesi latihan bersama Harimau Malaya.

Manakala bersama skuad kebangsaan, Mickey beraksi dalam kesemua perlawanan antarabangsa dan menjaringkan enam gol dan empat 'assist' untuk tahun ini.

Adakah dengan senjata baharu daripada Ortuseight itu akan membantu Faisal terus bersinar di pentas Asia bersama Harimau Malaya dan Selangor FC tahun depan? Mari kita saksikan beramai-ramai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram