Akhyar, Safawi sah ke Terengganu, destinasi Leandro masih misteri


  • Podium
  • Khamis, 28 Dis 2023

Leandro yang dikatakan sudah lengkap proses menjadi pemain naturalisasi turut diumumkan tidak kekal bersama JDT.

SELEPAS pelbagai desas-desus mengenai perpindahan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid ke Terengganu FC (TFC) musim depan.

Kini wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam telah mengesahkan bahawa dua bintang Johor Darul Takzim (JDT) itu akan menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner pada musim depan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan dalam laman sosial X miliknya yang mengatakan dua pemain kebangsaan tersebut akan menyertai JDT secara pinjaman.

"Official and confirmed, Akhyar Rashid 'loan out'. Difahamkan ke Terengganu bersama Safawi Rasid."

d888debd-5324-447a-ae81-a63ce6de809a

Antara staf dan pemain yang disahkan akan meninggalkan JDT musim depan.

Sebelum ini, khabar angin Akhyar Rashid ke Terengganu sudah mula diperkatakan oleh orang ramai selepas JDT ingin membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang mereka.

Musim ini Akhyar hanya tampil dalam 15 perlawanan bersama JDT dan sempat menjaringakan lima gol serta satu assist.

Tambah Zulhelmi lagi, Leandro Velazquez yang dikatakan sudah lengkap proses menjadi pemain naturalisasi negara bagaimanapun turut diumumkan tidak kekal bersama JDT.

Apa yang sudah berlaku dengan JDT? Sama-sama kita nantikan pelan baharu dibawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram