Perkenal kuota import B-21, negara jiran bakal buat naturalisasi besar-besaran?


  • Podium
  • Khamis, 28 Dis 2023

Daniel Bennet (Singapura) antara pemain naturalisasi Singapura yang membantu menjuarai Piala AFF.

LIGA Perdana Singapura (SPL) akan lebih menarik pada musim hadapan apabila menambah kuota import daripada empat kepada enam pemain.

Menerusi laporan The Straits Times, salah satu kuota yang diperkenalkan ialah pemain import Bawah-21 tahun (B-21) bagi tujuan untuk menaturalisasikan mereka selepas lima tahun beraksi di Singapura.

Penambahan kuota pemain import itu akan mencipta sejarah baharu dalam ekosistem bola sepak Singapura apabila ia merupakan yang tertinggi sejak SPL ditubuhkan.

Selain itu, ahli lembaga SPL juga sedang dalam perbincangan untuk membenarkan kelab Singapura menandatangani sembilan pemain import (lima bebas, satu Asia dan tiga import B-21).

AFF 2012

Singapura menjuarai Piala AFF pada 2012.

Musim ini, SPL hanya membenarkan kelab-kelab Singapura menandatangani empat pemain import.

Perkenalan kuota import B-21 itu semestinya projek jangka masa panjang bola sepak Singapura untuk menaturalisasikan pemain import yang baik.

Singapura tidak asing lagi dalam menggunakan pemain naturalisasi seperti Fahrudin Mustafic, Aleksandar Duric, Daniel Bennett, John Wilkinson, Precious Emuejeraye dan terbaharu Song Ui-young.

Percaturan projek naturalisasi daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu menemui hasil apabila mereka menjuarai Piala AFF sebanyak empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram