BAHANG perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 masih lagi terasa meskipun kalendar tahun ini tinggal beberapa hari sahaja untuk melabuhkan tirainya.
Dalam perlawanan final Piala Malaysia yang lalu, Johor Darul Takzim (JDT) mudah menewaskan Terengganu FC (TFC) dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 Disember lalu.
Meskipun permukaan padang tidak berada dalam kondisi yang baik, JDT masih mampu merobek gawang gol TFC menerusi Bergson da Silva, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi.
Gol TFC pula dijaringkan oleh Ivan Mamut yang kini menjadi sasaran beberapa kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.
Mamut kini menjadi sasaran beberapa kelab dalam Liga M.
Baru-baru ini, bekas pemain Kelantan FC, Nor Farhan Muhammad bersama rakan-rakannya mengulas lanjut permainan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dalam perlawanan akhir Piala Malaysia itu.
Menurutnya, dua tonggak tengah TFC tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam menghantar bola ke pemain sayap dan penyerang.
"Tapi malam itu, Farhan pergi tengok, tengah 'function' dua orang itu, maaf kita komen sikit Habib (Habib Haroon) dan Nurrilo (Nurillo Tukhtasinov) betul-betul tidak memainkan peranan 'attacking' dan 'defensive'.
"Dua orang ini terlalu sibuk di tempat sendiri, dia tak ada nak buat 'through pass' atau 'killer pass' jadi sebab itu 'flanker' atau 'striker' tak dapat bola yang bagus jadi terbantut serangan itu.
"Pemain lain memang dah lapan, 10 tapi oleh kerana dua orang ini terlalu sibuk di tempat sendiri sampai lupa nak 'through ball', 'killer pass' dan 'penetration pass' jadi sebab itu 'striker' tak boleh dapat bola," katanya.
Perkongisan oleh Nor Farhan itu turut didengari oleh pemain sayap TFC, Nor Hakim Hassan yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang JDT itu.
Untuk rekod, Nor Farhan pernah beraksi bersama Terengganu semasa awal kariernya dan menyertai beberapa pasukan seperti T-Team FC, PDRM FC, Kelantan FC dan D'AR Wanderers. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram