SELARI dengan transisi mengikut format kalendar AFC, musim baru Liga Malaysia (Liga-M) akan bermula 3 Mei 2024 hingga April 2025.
Perkara itu diumumkan MFL baru-baru ini sambil menjelaskan mereka terpaksa melakukan perubahan pada tarikh asal sepak mula Liga M sebelum ini iaitu pada pertengahan April 2024, lapor Stadium Astro.
Ia selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya pembabitan pemain kelab Liga M bersama skuad senior kebangsaan, skuad bawah 23 tahun negara, penyertaan kelab dalam Piala AFC 2023, persiapan pra musim pada Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Yusri Che Lah selaku jurulatih Perak dalam Nadi Weekend berkata,: "Saya berharap sepanjang perjalanan setahun 12 bulan ini, liga ini kita memerlukan konsistensi para pemain kerana jika panjang liga bermaksud pemain kena bersedia mental dan fizikal kerana mungkin kita akan berhadapan dengan rehat yang panjang dalam masa yang sama kerana tugasan kebangsaan dalam kalendar FIFA.
Yusri berjaya menstabilkan semula prestasi Perak FC.
"Dalam masa yang sama juga kita perlu melihat bagaimana para pemain dan pasukan mempersiapakan diri masing-masing untuk setiap kali apabila beraksi kemudian kita akan bertemu dengan jadual yang terpaksa rehat.
"Mungkin dua minggu, mungkin tiga mingu, mungkin empat minggu yang ini adalah cabaran-cabaran yang perlu dilalui terutamanya bagi pasukan yang tidak memiliki pemain yang mencukupi dalam satu musim.
"Maksud saya dengan pasukan yang ada, bajet dan sebagainya.
"Kami mungkin memiliki pemain yang amat-amat terhad untuk membarisi pasukan dan dalam masa yang sama seandainya ketika itu momentum tengah bagus dan terpaksa dihentikan dan inilah perkara-perkara yang perlu dilihat dari sudut kita yang merangka setiap pasukan," katanya dalam Nadi Weekend. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram