[VIDEO] Skor lawan bekas kelab Jordi Amat, fans desak Arif Aiman sahut cabaran bintang 'jambu' Thailand


  • Podium
  • Rabu, 27 Dis 2023

Arif Aiman kini semakin mendapat perhatian 'scouting' luar negara untuk beraksi di Eropah.

'WONDERKID THAILAND', Suphanat Mueanta menjaringkan gol pertamanya sebagai pemain kelab Belgium, Oud-Heverlee Leuven ketika menewaskan K.A.S Eupen dengan keputusan 3-0 sekali gus mencipta sejarah baharu di negaranya.

Ia kerana, Supahanat muncul pemain pertama dari Thailand yang menjaringkan gol dalam liga tertinggi Belgium, Jupiler Pro League 2023/24.

Suphanat yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan rakan sepasukan, Jon Dagur Porsteinsson pada minit ke-72 menyudahkan hantaran Konan N’Dri pada minit ke-89 perlawanan.

Bersama OH Leuven musim ini, Suphanat yang menarik perhatian peminat wanita negara skuad Gajah Perang kerana wajahnya yang 'jambu' itu telah beraksi dalam tujuh perlawanan dan meraih 191 minit permainan setakat ini.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai kelab Belgium tersebut pada September lalu secara pinjaman dari Buriram United dengan perjanjian kontrak selama satu tahun.

Supahanat bukanlah satu-satunya pemain yang beraksi di kelab itu, bekas penjaga gol nasional Thailand, Kawin Thamsatchanan turut pernah menyertai OH Leuven.

Melihat Suphanat mudah menyesuaikan diri dengan liga utama di Eropah, penyokong tempatan mula memetik dua nama iaitu Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin yang lahir daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

"Luqman Hakim hilang dan prestasinya terus merudum," kata @Frishaperi_92.

"Supahanat 'score' lawan bekas pasukan Jordi Amat itu," jelas @Rulzyns.

"Cuba suruh Arif Aiman main luar negara, nak juga tengok," ujar @W_mieyyyy.

"Ini baru betul, bukan pergi Belgium balik Malaysia tak jadi apa," luah @Firdaus_sarif.

Meskipun Arif Aiman tidak beraksi di Eropah, pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT) itu banyak kali berjaya menarik minat ejen pencari bakat yang bertapak di benua itu.

Manakala, Luqman Hakim masih ada masa untuk mengembalikan momentumnya sebelum ini kerana baru berusia 21 tahun dan perjalanannya masih panjang dalam dunia bola sepak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram